awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Che Lah sah calon BN di Tumpat

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2022
06:50 MYT
Che Lah sah calon BN di Tumpat
BN Kelantan membuat keputusan itu kerana Che Abdullah dianggap calon boleh menang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Kelantan memberi laluan kepada Datuk Che Abdullah Mat Nawi bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, memaklumkan BN membuat keputusan itu kerana Che Abdullah dianggap calon boleh menang.
Ahmad Jazlan juga memaklumkan, Che Abdullah akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Tumpat menggunakan lambang BN.
"Teka teki sudah terjawab dan Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat. Kita rasa satu kelegaan apabila Che Abdullah bersetuju dengan tawaran yang diberikan.
"Malah, akar umbi UMNO Bahagian Tumpat juga menerima baik kehadiran Che Abdullah," katanya seperti dilapor BH Online.
Pada Rabu, Perikatan Nasional (PN) Kelantan mengumumkan Che Abdullah digugurkan dan menamakan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi sebagai calon di kerusi Parlimen Tumpat.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya akan memberikan saingan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di Parlimen berkenaan.
"Kita akui kita menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan BN memang mengadakan pertemuan dengan beliau," katanya.
Selain Che Abdullah, PN Kelantan juga tidak menyenaraikan Nik Abduh Nik Abdul Aziz untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Barisan Nasional
#UMNO
#BN
#Kelantan
#Tumpat
#Che Abdullah Mat Nawi
#Ahmad Jazlan Yaakub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan