awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas kuasai hampir 100 peratus 'pengundi' di masjid, surau - Sanusi

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2023
02:34 MYT
Pas kuasai hampir 100 peratus 'pengundi' di masjid, surau - Sanusi
Muhammad Sanusi ketika ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-69, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pas mendakwa sudah menguasai hampir 100 peratus pengundi bagi 'pasaran' masjid dan surau seluruh negara.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas perlu melangkah keluar ke medan baharu, khususnya bagi 'pasaran' pengundi muda.
Menurutnya, pengundi muda perlu ditakluki demi perjalanan politik masa depan parti itu yang kini disifatkan sebagai 'king maker' dalam pilihan raya umum.
"Ada banyak lagi langkah-langkah politik yang perlu diambil. Salah satu ialah politik tidak membosankan dengan menawan pengundi muda yang tidak menyertai mana-mana parti tapi memiliki kuasa undi terbesar
"Ini market (pasaran) yang perlu dikuasai Pas perjalanan politik masa depan kerana hampir 100 peratus pasaran di masjid surau dibolot oleh Pas.
"Pas perlu melangkah ke pagar sebelah, kiri dan kanan untuk menjadi medan baru dan mempelbagaikan langkah-langkah politik serta tidak terkurung dalam politik tradisi Pas," katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-69, di sini, hari ini.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas menambah, parti itu kini menjadi pemain utama dalam hala tuju politik negara.
"Tiada parti lain yang boleh dihara oleh rakyat selain Pas untuk membuat percaturan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Muktamar Tahunan
#pengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan