awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS mahu letak calon di PRK Pengkalan Kubor - Mohd. Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
27/08/2014
11:04 MYT
PAS mahu letak calon di PRK Pengkalan Kubor - Mohd. Amar
AMAR: kerusi tersebut asalnya adalah milik PAS yang diberi pinjam kepada PKR untuk dua pilihanraya yang lepas. - Gambar Fail
PAS berhasrat meletakkan calon mereka untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, walaupun secara dasarnya kerusi itu milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hasrat tersebut dinyatakan berdasarkan kemahuan akar umbi dan bukannya bermakna mereka mahu merampas kerusi itu daripada PKR.
Mohd. Amar berkata, kerusi tersebut asalnya adalah milik PAS yang diberi pinjam kepada PKR untuk dua pilihanraya yang lepas.
"Jadi perkembangan sekarang ini kita nampak hasrat peringkat akar umbi untuk PAS bertanding pada PRK kali ini.
"Tetapi ini hasrat daripada bawah. Parti sendiri belum ada keputusan rasmi lagi. Kita akan dapatkan maklum balas balik kerana perubahan mesti diselesaikan secara perundinganlah antara PAS dan PKR," katanya
Mohd. Amar ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah, Bantuan Kemiskinan dan pelancaran Pembangunan Kota Sejahtera di Chiku 3, Gua Musang.
Mengulas mengenai pendirian PKR yang mahu mengekalkan kerusi tradisi itu, Mohd. Amar berkata pihaknya akan membuat maklum balas dan perbincangan lebih lanjut berkenaan isu tersebut.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
Mohd. Amar berkata, jentera pilihan rayanya juga sentiasa bersedia dan menyifatkannya adalah yang terbaik serta berpeluang untuk merampas kembali kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).
Katanya, peluang untuk menang adalah besar tetapi semuanya bergantung kepada pemilihan calon yang sesuai.
"Setakat ini kita tidak lagi berbincang mengenai soal calon," ujarnya
Kerusi DUN Pengkalan Kubor adalah antara kerusi yang diperuntukkan kepada PKR Kelantan namun pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas, kerusi itu dimenangi BN.
Topic Berkaitan
#BN
#DUN
#Kelantan
#Mohd Amar
#Pangkalan Kubor
#PAS
#PRK
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan