awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas nafi jadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/10/2023
11:37 MYT
Pas nafi jadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan
Ujar Tuan Ibrahim, keputusan PRU dan pilihan raya negeri (PRN) jelas menunjukkan bahawa rakyat bersama Pas dan PN. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Pas menafikan laporan berita sebuah media tempatan memaklumkan bahawa parti tersebut akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelaporan berita tersebut jauh berbeza dari konteks ucapan beliau sewaktu perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas pada Rabu.
“Saya ingin menegaskan bahawa, Pas menghormati dan berpegang teguh dengan permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).
“Pas menolak pelawaan menjadi komponen Kerajaan Madani dengan asas istiqamah bersetia kawan serta tidak akan mengkhianati janji kepada pengundi Pas-PN dan tidak akan bergabung dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam siaran di Facebook pada Khamis.
Pada Khamis, media melaporkan Pas menyatakan keyakinannya akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, susulan jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada parti tersebut.
Dalam pada itu, ujar beliau, keputusan PRU dan pilihan raya negeri (PRN) jelas menunjukkan bahawa rakyat bersama Pas dan PN.
“Saya menyeru agar etika kewartawanan terus dipelihara agar setiap berita itu dilaporkan dengan telus dan tepat,” menurutnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#Kerajaan Perpaduan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan