awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS P.Pinang mahu kerajaan negeri tarik balik pemecatan Iszuree

Bernama
Bernama
01/10/2014
01:40 MYT
PAS P.Pinang mahu kerajaan negeri tarik balik pemecatan Iszuree
Iszuree Ibrahim dikatakan lantang menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk Pulau Pinang.
PAS Pulau Pinang semalam menggesa kerajaan negeri supaya menarik balik pemecatan Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT).
Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang Fadzil Kemi berkata sebagai pemimpin PAS yang komited, Iszuree lantang menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk di negeri ini.
"Isu yang dibangkitkan Iszuree pada Muktamar PAS (bulan lepas) melibatkan rakyat dan bukan memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang. Perkara ini harus ditangani dengan bijaksana, perlu adakan perbincangan," katanya pada siding akhbar di sini.
Iszuree, yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, dipecat daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat, Johor Baharu, yang dikatakan menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan.
Iszuree, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beliau hanya membangkitkan isu rakyat sama seperti yang dilakukan pemimpin DAP atau PKR ketika mereka menghadiri perhimpunan agung parti masing-masing.
Sementara itu, Pengerusi Lujnah Tanah PAS Pusat Mazlan Aliman berkata pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung isu tanah dan penduduk negeri ini.
Topic Berkaitan
#Iszuree Ibrahim
#PAS
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan