KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat agar terus beristiqamah dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu selesai, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Titah Yang di-Pertuan Agong, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar direncanakan dengan penuh cermat serta teliti.

Al-Sultan Abdullah bertitah, memandangkan rakyat telah membuat keputusan memilih wakil mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, maka, terserah pada pemimpin yang terpilih untuk mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang tercetus.

"Rakyat telah pun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka, maka terserah kepada Wakil Rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat jelata

“Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini,” kata kenyataan Istana Negara lagi.

Dalam menguruskan krisis politik itu juga, Istana Negara akan mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada Khamis berhubung proses pembentukan kerajaan.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu, kata Ahmad Fadil, perlu untuk mendapatkan pandangan Duli-Duli Tuanku demi kesejahteraan negara dan rakyat.


"Satu perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok, Khamis, 24 November 2022.

BACA: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok - Laporan

"Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat," menurut kenyataan itu.

LAPOR LANGSUNG: Siapa Perdana Menteri ke-10

Hari ini, Istana Negara menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadap Yang di-Pertuan Agong bermula pukul 10.30 pagi ini.

KEPUTUSAN PRU15 DI SINI


[TERKINI] Majlis Raja-Raja adakan pertemuan khas di Istana Negara esok

 
Tenang & bergerak ke hadapan

Bagaimanapun, setakat ini hanya tiga wakil BN dan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang hadir menghadap Seri Paduka Baginda.

Keputusan itu dibuat selepas tiada Ahli Dewan Rakyat memperoleh kepercayaan majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.