awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Gesa Zahid undur, Bung Moktar nasihat MCA 'cermin diri dahulu'

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
23/11/2022
13:04 MYT
Pasca PRU15: Gesa Zahid undur, Bung Moktar nasihat MCA 'cermin diri dahulu'
Bung Moktar berkata, MCA sepatutnya bermuhasabah tentang bagaimana parti itu hanya mampu memenangi dua kerusi daripada puluhan kerusi yang ditandingi pada PRU15. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta MCA supaya "cermin diri" terlebih dahulu susulan gesaan parti itu agar Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan, dan digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pengerusi BN Sabah itu berkata, MCA sepatutnya bermuhasabah bagaimana parti itu hanya mampu memenangi dua kerusi daripada puluhan kerusi yang ditandingi pada PRU15.
"Gesaan MCA yang mahu Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur adalah kenyataan tidak berasas dan tidak cermin diri sendiri.
"MCA perlu bertanyakan diri sendiri bagaimana hanya boleh menang dua daripada puluhan kerusi yang dipertandingkan dalam PRU15 lalu," kata Bung Moktar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Jelas beliau, beban kekalahan BN tidak sepatutnya diletakkan semata-mata di atas bahu Pengerusi BN sendiri itu selain berkata MCA seolah-olah tidak menghormati Presiden UMNO itu selaku pucuk pimpinan BN.
"MCA janganlah gesa macam-macm. Ini gesa lagi pengerusi kita berundur apa cerita?
"Mereka (MCA) ini tidak sedarkah mereka hanya dapat menang dua kerusi daripada puluhan kerusi yang diberikan pengerusi kepada mereka? Itu pun kerusi yang ada ramai pengundi Melayu.
"Cerminlah diri itu terlebih dahulu sebelum buat keputusan. Kita di BN ini tetap tenang menghadapi situasi. Jangan kalutkan keadaan", tegas Bung.
Terdahulu, MCA di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, mendakwa kandungan surat Ahmad Zahid adalah menyimpang daripada keputusan Dewan Tertinggi BN pada 22 November (Selasa).
MCA turut mencadangkan agar Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menggantikan Ahmad Zahid susulan pendedahan surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang mendakwa gabungan terbabit menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10.
Topic Berkaitan
#MCA
#Bung Moktar Radin
#pasca PRU15
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan