awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: GRS akur, kerajaan baharu perlu dibentuk segera

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2022
04:19 MYT
Pasca PRU15: GRS akur, kerajaan baharu perlu dibentuk segera
GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.
KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menzahirkan pendirian parti berkenaan bahawa pembentukan kerajaan persekutuan perlu dilaksanakan dengan segera.
Oleh itu, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS senada dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong.
Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah merujuk kepada titah baginda untuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.
"GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.
"Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu lalu menyaksikan Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), GPS (23), GRS (enam), Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.
Keputusan PRU15 menyaksikan tidak ada parti mahupun blok parti politik yang berjaya memperoleh majoriti, sekali gus menyebabkan Parlimen tergantung.
Topic Berkaitan
#GRS
#GPS
#Hajiji Noor
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan