awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU 2021: Perwakilan Sabah mahu isu infrastruktur ditangani

Bernama
Bernama
19/03/2022
07:56 MYT
PAU 2021: Perwakilan Sabah mahu isu infrastruktur ditangani
Sabah masih lagi bercerita soal jalan berlubang, bekalan air bersih dan elektrik yang dicatu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ketika negeri-negeri lain rancak bercakap mengenai kesalinghubungan, Sabah masih berdepan dengan isu infrastruktur termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih.
Masalah itu dibangkitkan Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohammad semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di sini hari ini.
Perwakilan dari Negeri di Bawah Bayu itu berkata walaupun Sabah kaya dengan mineral seperti tembaga dan emas, namun masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain malah antara yang termiskin di Malaysia.
"Saya ke Pilihan Raya Negeri di Johor dan Melaka, tidak lagi timbul isu jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik tapi mereka bercakap soal kesalinghubungan.
"Tetapi kami di Sabah masih lagi bercerita soal jalan berlubang, bekalan air bersih dan elektrik yang dicatu," katanya.
Sehubungan itu, Jeffrey berharap kerajaan dapat memberi perhatian terhadap isu itu dan menanganinya kerana ia penting untuk memastikan Sabah dapat mengecap kejayaan seperti negeri-negeri lain.
"Kami mohon kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), Kementerian Pembangunan Luar Bandar supaya tengok isu ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAU 2021
#Sabah
#Infrastruktur
#jeffrey nor mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan