KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan parti berkata perkara yang hangat dibangkitkan dalam parti sejak akhir-akhir ini telah selesai dan meminta Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan segera memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung perkara itu.
"Usul sudah diluluskan, setiausaha buat memo, ikut usul itu, pemilihan parti diadakan dalam masa enam bulan selepas PRU, kita tidak mahu perpecahan dalam parti, jangan pandang ringan, pertahankanlah martabat UMNO.
Saya juga minta Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tolong perhatikan hal ini, kalau kita tulis pada RoS jangan ada orang yang halang keputusan parti kita," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini hari ini.
Pemilihan UMNO dijadual diadakan selewat-lewatnya Disember ini selepas ditangguh pada tahun lepas berikutan pandemik COVID-19.
Mohamad berkata perkara yang membimbangkan sekiranya pemilihan diadakan sebelum pilihan raya adalah perpecahan akan berlaku dalam parti.
"Sejarah menunjukkan jelas bahawa setiap kali ada pemilihan parti, perpecahan akan berlaku, kita jangan menidakkan ini, kita tidak mahu parti dalam keadaan yang dah baik ini bergeseran antara satu sama lain dan berpecah belah," katanya.
Mohamad berkata perpaduan parti merupakan perkara penting untuk UMNO dan Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum.
Perhimpunan Agung UMNO 2021
Sehubungan itu, beliau berkata semua pihak dalam parti perlu berwaspada dengan pengumuman parti pembangkang yang sentiasa mempunyai strategi untuk menghadapi pilihan raya umum.
"Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut bahawa mereka akan cuba bergabung dengan parti pembangkang lain, jangan kita tunggu lama sehinga mereka bergabung.
Walaupun BN menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, kalau kita lihat ia kerana mereka (pembangkang) berpecah," katanya.
Beliau berkata tidak mustahil semua parti pembangkang bergabung semula dalam satu pasukan yang besar pada PRU15.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
Pemilihan UMNO: Sik sengit, ketua bahagian hanya menang satu undi
Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 di negeri Kedah menyaksikan Sik menjadi bahagian paling sengit apabila jawatan Ketua Bahagian dimenangi dengan majoriti satu undi sahaja.