SHAH ALAM: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Pontian itu memberitahu, beliau dan peguam parti akan menjelaskan kepada RoS bahawa proses pengundian dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 dijalankan mengikut peraturan dan perlembagaan parti.
Menurutnya, berdasarkan ketetapan Peraturan 2.1 Persidangan UMNO, sekiranya terdapat sebarang masalah berbangkit ketika persidangan, Pengerusi Tetap berkuasa membuat keputusan dan keputusannya itu adalah muktamad.
“Pemberian kuasa kepada Pengerusi Tetap ini adalah bagi memastikan perjalanan PAU teratur namun tidaklah terlalu mengikat perwakilan.
“Ini kerana matlamat PAU adalah untuk membincangkan dan memutuskan isu-isu berkenaan dasar-dasar parti sepertimana diperuntukkan di bawah Fasal 8.3.1 Perlembagaan UMNO,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Pada Khamis, media melaporkan ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom menghantar notis bantahan kepada RoS susulan PAU 2022 memutuskan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya.
Muhammad Aizat Fikri mendakwa, tindakan tersebut telah melanggar Peraturan 10 dalam perlembagaan parti yang menyatakan sebarang usul perlulah disampaikan dalam tempoh 14 hari.
Sementara itu, Ahmad menerusi kenyataan peguam parti menjelaskan, pencadang usul (Negeri Sembilan) telah mencadangkan pindaan dengan menambah usul kelapan menggunakan Peraturan Persidangan 20.3.3.
“Berdasarkan peraturan persidangan, sesuatu masalah, apabila dikemukakan (semula) oleh pengerusi, bolehlah dipinda menurut semua atau mana-mana jua cara yang tersebut di bawah: dengan dimasukkan atau ditambah perkataan-perkataan lain.
“Pengerusi Tetap ketika itu telah mengambil keputusan untuk membenarkan pindaan tambahan tersebut dengan syarat penyokong usul (Terengganu) menyokong sepertimana di bawah Fasal 21.1 Peraturan Persidangan.
“Dalam persidangan, sesuatu usul atau pindaan tidak akan dikemukakan oleh pengerusi kecuali jika usul atau pindaan tersebut telah disokong,” ujarnya.
Tambah beliau, setelah penyokong usul menyokong pindaan tersebut, maka Pengerusi Tetap mengambil keputusan untuk mengemukakan pindaan tambahan itu ke perbahasan.
Jelasnya, keputusan-keputusan Pengerusi Tetap adalah muktamad mengikut Peraturan Persidangan 2.1.
“Semasa tempoh perbahasan, telah diadakan forum untuk pembahas membahaskan persetujuan atau tidak terhadap pindaan tambahan tersebut dan bagi perwakilan untuk mempertimbangkan usul-usul berkenaan.
“Pucuk pangkalnya, boleh dikatakan lebih 90 peratus perwakilan bersetuju dengan pindaan tambahan itu dengan mengangkat tangan, menyatakan persetujuan malahan mereka berdiri.
“Pengundian ini dijalankan sepertimana Peraturan Persidangan 27.5 iaitu....setelah tamat perbahasan dengan suara setuju atau tidak dengan mengangkat tangan dan keputusan itu hendaklah diumumkan oleh pengerusi,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 21 2023
MASLAN: Matlamat PAU adalah untuk membincangkan dan memutuskan isu-isu berkenaan dasar-dasar parti sepertimana diperuntukkan di bawah Fasal 8.3.1 Perlembagaan UMNO. - Foto fail/Astro AWANI
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Sekurang-kurangnya 15 maut di Sulawesi
Sekurang-kurangnya 15 terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di dua daerah Sulawesi Selatan.
Perayu jemaah haji sudah terima panggilan
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
10,000 wanita terbunuh sejak Israel mengganas
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini
Kontraktor harus mengambil peluang untuk memperoleh pelbagai projek pembinaan dalam negara yang bernilai kira-kira RM180 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Hanya 16 projek sakit - Ahmad Maslan
Hanya 16 atau 2.14 peratus daripada 746 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai "projek sakit".
Pembinaan LPT3 akan guna model pembiayaan BOT - Ahmad Maslan
Cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan sejauh 122 kilometer akan menggunakan model pembiayaan Bina, Kendal
ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM
Ia bagi memastikan pelatih memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan ilmu keusahawanan yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.