awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBM Kelantan sambut baik tindakan Zuraida

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
26/05/2022
09:51 MYT
PBM Kelantan sambut baik tindakan Zuraida
AB AZIZ: Kebanyakan ahli PBM majoritinya merupakan bekas ahli PKR yang mengenali Zuraida dan sentiasa menyokong sebarang tindakannya.
KOTA BHARU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) negeri Kelantan menyambut baik keputusan Datuk Zuraida Kamarudin yang telah mengisytiharkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan menyertai PBM dalam masa terdekat.
Umum mengetahui beliau adalah seorang menteri yang dilihat aktif dalam menggerakkan kementerian dan agensi di bawah beliau dalam melaksanaksn agenda kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ujar Pengerusi Parti Bangsa Malaysia PBM Kelantan, Ab Aziz Abd Kadir.
Beliau berkata, mengulas tindakan Zuraida itu, lebih 11,000 ahli PBM Kelantan menyambut baik penyertaannya.
"Peranan beliau di kementeriannya memberi impak besar dengan pelbagai polisi dan agenda yang diperkenalkan, termasuk ketika berlaku krisis minyak sawit sewaktu perang Rusia-Ukraine sehingga menyebabkan minyak sawit negara tidak dapat dieksport keluar," katanya dalam satu kenyataan.
"Perkara itu juga (penyertaan ke PBM) dilihat sebagai tanggungjawab beliau terhadap ahli akar umbi di mana mereka ini adalah bekas ahli dan pimpinan pelbagai peringkat yang bersama beliau sejak dari Parti Keadilan Rakyat lagi, sebelum berlaku krisis dalaman parti itu.
"Kebanyakan ahli PBM majoritinya merupakan bekas ahli PKR, yang mengenali Zuraida dan sentiasa menyokong sebarang tindakannya," tambah Ab Aziz lagi.
Terdahulu, Zuraida mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Ampang itu turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Topic Berkaitan
#Zuraida Kamaruddin
#Parti Bangsa Malaysia
#PBM kelantan
#ab aziz abd kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan