awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBM Pahang umum bubar jawatankuasa negeri, hilang kepercayaan kepada presiden

Bernama
Bernama
14/01/2023
15:36 MYT
PBM Pahang umum bubar jawatankuasa negeri, hilang kepercayaan kepada presiden
Mohd Faizal berkata pembubaran itu telah dimaklumkan dalam surat PBM Pahang yang ditandatangani oleh Naib Pengerusi Dasimah Zainudin kepada Setiausaha Agung parti.
KUANTAN: Parti Bangsa Malaysia (PBM) Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa negeri dan lapan bahagian yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Ketua Penerangan PBM Pahang Mohd Faizal Helmi memaklumkan Bernama bahawa keputusan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan parti yang berlangsung hari ini.
"Pembubaran itu dibuat berikutan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada Presiden PBM (Datuk Larry Sng Wei Shien) yang memungkiri janji memberi laluan kepada pengasas PBM Datuk Zuraida Kamaruddin untuk memimpin parti," katanya.
Lapan bahagian yang dibubarkan ialah Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.
Mohd Faizal berkata pembubaran itu telah dimaklumkan dalam surat PBM Pahang yang ditandatangani oleh Naib Pengerusi Dasimah Zainudin kepada Setiausaha Agung parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBM Pahang
#PBM Pahang bubar
#Mohd Faizal Helmi
#Larry Sng Wei Shien
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan