awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah

Bernama
Bernama
14/12/2024
15:00 MYT
PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Presiden PBM Datuk Larry Sng Wei Shien berkata untuk tujuan itu, jentera parti yang telah ditubuhkan sejak dua tahun lepas bagi menghadapi pilihan raya berkenaan, kini bersiap sedia untuk digerakkan. - Gambar fail/BERNAMA
SIBU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.
Tanpa mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi, Presiden PBM Datuk Larry Sng Wei Shien berkata untuk tujuan itu, jentera parti yang telah ditubuhkan sejak dua tahun lepas bagi menghadapi pilihan raya berkenaan, kini bersiap sedia untuk digerakkan.
Beliau berkata PBM juga memberi autonomi kepada pimpinan PBM Sabah untuk menentukan calon dan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRN tersebut.
"Jupri Lenson selaku Naib Presiden PBM akan bertanggunjawab ke atas Sabah. Dia juga akan dibantu Richard Dompok (Ketua Penerangan PBM Sabah) yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa pilihan raya. Jadi kedua-dua mereka akan memutuskan bilangan kerusi," katanya pada sidang media sempena pelancaran logo baharu PBM, di sini hari ini.
Kerajaan Sabah mempunyai tempoh sehingga Oktober 2025 sebelum sesi pentadbirannya berakhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBM
#Parti Bangsa Malaysia
#PRN Sabah
#Larry Sng Wei Shien
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan