awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
KDN lanjut tempoh permohonan pekerja asing hingga Mac 2026, majikan digesa mohon tanpa bantuan ejen
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancaran Pejuang Sabah dijadualkan esok ditangguhkan - Mukhriz

Bernama
Bernama
21/05/2022
13:17 MYT
Pelancaran Pejuang Sabah dijadualkan esok ditangguhkan - Mukhriz
Mukhriz berkata pelancaran berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat hadir kerana sedang menghadiri satu mesyuarat di Tokyo, Jepun. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Sabah yang dijadualkan esok ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata pelancaran berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat hadir kerana sedang menghadiri satu mesyuarat di Tokyo, Jepun.
"Sambutan daripada rakyat Sabah ketika ini sangat menggalakkan dan dijangka dengan pelancarannya akan meningkatkan lagi sokongan kepada Pejuang.
"Kami mempunyai ahli di semua kawasan dan telah menubuhkan 17 jawatankuasa daripada 25 kawasan Parlimen di Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemukiman Pejuang Sabah di sini hari ini.
Ditanya mengenai persediaan Pejuang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mukhriz berkata pihaknya setakat ini belum membuat sebarang keputusan berhubung kerusi yang akan ditandingi nanti.
Mengenai kerjasama dengan parti tempatan di Sabah, beliau berkata Pejuang terbuka untuk berbincang serta menjalinkan kerjasama kepada semua parti asalkan parti berkenaan mempunyai prinsip yang sama dengan parti itu, namun Pejuang belum mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti.
Sementara itu, Mukhriz berkata slogan 'Sabah For Sabahan' yang sering dilaungkan parti tempatan sebelum ini tidak menghalang kemasukan Pejuang ke Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pejuang Sabah
#pelancaran
#Mukhriz Mahathir
#Mahathir Mohamad
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan