awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

Pelantikan dua jawatan Kabinet hak prerogatif Perdana Menteri - Shamsul Iskandar

Bernama
Bernama
20/06/2025
09:23 MYT
Pelantikan dua jawatan Kabinet hak prerogatif Perdana Menteri - Shamsul Iskandar
Menurut Shamsul Iskandar, sebarang keputusan berhubung pengisian semula dua portfolio yang ditinggalkan Rafizi dan Nik Nazmi adalah terserah sepenuhnya kepada pertimbangan Perdana Menteri. - Bernama
PASIR PUTEH: Pelantikan baharu bagi mengisi dua kekosongan jawatan dalam Kabinet adalah di bawah bidang kuasa dan prerogatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ringkasan AI
  • Pelantikan pengganti Rafizi dan Nik Nazmi dalam Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan semua pihak diminta memberi ruang serta menghormati keputusannya.
  • Rafizi kekal dengan keputusan untuk berundur daripada Kabinet, manakala status Nik Nazmi masih belum muktamad kerana beliau sedang bercuti.
  • Pengunduran kedua-dua tokoh berlaku selepas tewas dalam pemilihan PKR 2025, masing-masing bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.

Beliau berkata sebarang keputusan berhubung pengisian semula dua portfolio yang ditinggalkan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad itu terserah sepenuhnya kepada pertimbangan Perdana Menteri.
"Kita perlu beri ruang dan masa sewajarnya kepada beliau (Anwar) untuk menyusun barisan yang terbaik bagi meneruskan pentadbiran negara serta (sebarang) keputusan Perdana Menteri perlu dihormati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-68 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai keputusan Rafizi untuk tidak kembali ke Kabinet, Shamsul Iskandar berkata keputusan bekas Menteri Ekonomi itu wajar dihormati semua pihak.
"Saya fikir kita kena hormat keputusan Rafizi, kalau beliau sudah buat keputusan, maka itu hak beliau," katanya.
Berhubung status Nik Nazmi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang kekal dengan pendirian untuk meletak jawatan dalam Kabinet, beliau berkata perkara itu akan dilihat kemudian memandangkan Nik Nazmi berada dalam tempoh bercuti.
"Kita tunggu dulu. Beliau masih bercuti dan kita tengok macam mana perkembangan selepas ini," katanya.
Pada 28 Mei lepas, Anwar telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi serta Nik Nazmi masing-masing berkuat kuasa pada 17 Jun dan 4 Julai susulan kekalahan dalam pemilihan PKR 2025.
Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelantikan jawatan Kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami