Skip to main content

Politik

Pemangku Sultan Johor titah Exco berkhidmat penuh dedikasi demi kesejahteraan rakyat

 Angkat Sumpah EXCO JOHOR
Sebanyak 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Sultan Johor hari ini. - Foto FB HRH Crown Prince of Johor
Advertisement

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mengingatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor agar melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul dengan penuh dedikasi, integriti serta keikhlasan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook baginda bertitah setiap dasar dan keputusan yang dibuat hendaklah berteraskan kepentingan rakyat serta memberi manfaat kepada negeri Johor secara keseluruhannya.

Pemangku Sultan Johor turut bertitah agar semua anggota exco sentiasa turun padang bagi memahami keperluan masyarakat serta memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dilaksanakan secara cekap, berkesan dan berintegriti.

Titah berkenaan disampaikan sempena Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Taat Setia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Sultan Johor.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement