awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembahagian kerusi PRN: BN tidak akan ketepi komponen lain - Zambry

Bernama
Bernama
29/04/2023
15:27 MYT
Pembahagian kerusi PRN: BN tidak akan ketepi komponen lain - Zambry
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (tiga, kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Dewan Komuniti Cempaka Sari malam ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Barisan Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti gabungannya dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti-parti komponen BN.
"Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama-sama.
"Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam juga mengambil ketetapan ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH (Pakatan Harapan)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari.
Terdahulu media melaporkan Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng berkata perbincangan rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan itu harus merangkumi semua parti komponen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#pembahagian kerusi PRN
#pilihan raya negeri
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan