KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mempersoalkan bagaimana pihak agensi-agensi media dipilih bagi membuat liputan secara fizikal ke Kompleks Parlimen Malaysia.

Ini kerana jelasnya, ada beberapa agensi media yang lebih berpengaruh dan lebih berpengalaman masih dikecualikan daripada membuat liputan dan ini menunjukkan bahawa kebebasan media masih lagi disekat.

“Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Speaker Dewan Rakyat mengenai senarai penyiar rasmi yang telah dikeluarkan. Bagaimanakah media-media ini dipilih?

“Bagaimana sebuah portal dalam talian yang agak baharu seperti MalaysiaNow, boleh disenaraikan dan bukan portal lain seperti Free Malaysia Today, The Malaysian Insight dan The Malay Mail Online?

“Saya mahu mengetahui apakah asas dan alasan utama Dewan Rakyat menyenaraikan portal Malaysia now ini sedangkan terdapat lebih banyak lagi agensi dan pengamal media lain yang jauh lebih lama beroperasi?


Pemilihan Agensi Media ke Parlimen | Hannah Yeoh tuntut penjelasan Speaker

BACA SEMUA BERHUBUNG SIDANG PARLIMEN DI SINI


“Malah, ada lagi yang lebih berpengaruh dan lebih berpengalaman, tetapi mereka dikecualikan,” ujar Hannah dalam sesi soal jawab di Parlimen pada petang Isnin.
MARI PANTAU APA AHLI PARLIMEN ANDA BUAT SEPANJANG SIDANG PARLIMEN DI SINI


Pada masa sama, beliau meminta senarai yang ada setakat ini lebih diperluaskan serta-merta supaya hak kebebasan bersuara lebih berlaku adil.

“Saya mahu senarai ini diperluaskan dengan serta-merta supaya Parlimen berlaku adil kepada pengamal media.

“Ini juga penting untuk pastikan kebebasan media dijamin dan liputan media ada pada ahli-ahli parlimen pembangkang,” tambahnya.

Setakat ini, hanya portal (tidak rasmi) Astro AWANI, TV3, Berita Harian, Sinar Harian, MalaysiaKini, MalaysiaNow, Malaysia Nanban, Sin Chew Daily, AFP News Agency, The Star, The Sun dan Nanyang Siang Pau yang dibenarkan untuk membuat liputan sepanjang Mesyuarat Parlimen berlangsung.