awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR 2022: Cabang Lembah Pantai menang tanpa bertanding

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/05/2022
06:54 MYT
Pemilihan PKR 2022: Cabang Lembah Pantai menang tanpa bertanding
Fahmi Fadzil menang jawatan Ketua Cabang Lembah Pantai pada Pemilihan PKR 2018 dengan 627 undi, mengalahkan Md Zaman Md Tasi. - Astro AWANI
PETALING JAYA: Pemilihan cabang Lembah Pantai bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022-2025 telah menang tanpa bertanding.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga calon Ketua Cabang, Fahmi Fadzil, proses pemilihan yang berlangsung hari ini hanya melibatkan jawatan di peringkat pusat.
Ia sekali gus menyaksikan Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berjaya mempertahankan kerusi Ketua Cabang Lembah Pantai yang dimenanginya pada Pemilihan PKR 2018.
“Di Lembah Pantai tak ada pertandingan... Secara teknikal, saya dan barisan Ahli Jawatankuasa di peringkat Lembah Pantai sudah menang tanpa bertanding.
“Tetapi diteruskan bagi pemilihan peringkat pusat iaitu bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK, dan timbalan dan naib-naib (Ketua Wanita dan AMK),” katanya ketika ditemui selepas hadir meninjau proses pemilihan di Dewan Serbaguna Gasing Indah, di sini pada Ahad.
Untuk rekod, seramai 8,058 ahli yang layak untuk menjalankan pemilihan secara fizikal di peringkat cabang Lembah Pantai, sementara 291 adalah pengundi dalam talian.
Selain Fahmi, turut mempertahankan kerusi masing-masing ialah Abdullah Izhar Mohamed Yusof bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang; dan Chan Phooi Lai (Naib Ketua Cabang).
Selain Lembah Pantai, 11 cabang lagi di Wilayah Persekutuan turut terlibat dalam pemilihan secara fizikal hari ini.
Ia masing-masing adalah cabang Bandar Tun Razak; Wangsa Maju; Batu; Setiawangsa; Putrajaya; Segambut; Kepong; Titiwangsa; Seputeh; Bukit Bintang; serta Cheras.
Seramai 11,282 calon bagi pemilihan PKR 2022 telah disahkan bertanding di peringkat cabang dan jawatan tertinggi.
Pemilihan PKR yang diadakan secara hibrid buat julung kalinya, menyaksikan jawatan nombor dua parti itu menjadi tumpuan apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Naib Presiden dilantik Rafizi Ramli, bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berjaya mempertahankan kerusi Presiden PKR bagi tempoh 2022-2025 apabila menang tanpa bertanding jawatan itu.
Topic Berkaitan
#Pemilihan PKR 2022
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Fahmi Fadzil
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan