KUALA LUMPUR: Proses pengundian secara fizikal bagi Pemilihan PKR 2022 yang bermula hari ini di Kelantan dan Terengganu bagi jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayap, berlangsung dengan lancar dan selesai tepat 5 petang ini.
Tinjauan Bernama di pusat-pusat pengundian di dua negeri itu mendapati, proses pengundian dijalankan dengan teratur dan tenang tanpa sebarang insiden provokasi atau kekecohan.
Di KELANTAN, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor berkata pemilihan bermula sejak 9 pagi itu, melibatkan 14 cabang iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Machang,Tumpat, Ketereh, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Gua Musang.
"Bagi pemilihan ketua cabang PKR di Kelantan, lima cabang iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Rantau Panjang dan Tumpat telah menang tanpa bertanding termasuk kesemua ahli jawatankuasa.
"Oleh itu, lima cabang ini kini hanya fokus untuk memilih calon yang bertanding bagi peringkat pusat sahaja," katanya kepada Bernama di pusat pengundian Putera Valley Resort di Tanah Merah, di sini hari ini.
Sementara di TERENGGANU, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu Azan Ismail berkata seramai 25,000 ahli PKR di negeri itu layak mengundi secara fizikal di lapan cabang iaitu Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus dan Marang, yang bermula 8.30 pagi.
"Proses pemilihan berjalan lancar, tiada sebarang kekecohan, berjalan dengan semangat kekeluargaan dan seramai 15 pengawas pemilih ditempatkan di setiap pusat pengundian, serta proses ini juga diperhatikan wakil-wakil calon yang bertanding demi memastikan ketelusannya," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, pengundian secara fizikal diteruskan esok bagi Kedah dan Johor; Pahang dan Wilayah Persekutuan (Ahad), diikuti Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan (16 Mei), manakala Selangor (21 Mei), manakala Perak, Sabah dan Sarawak (22 Mei).
"Pengundian secara dalam talian bagi ahli PKR di luar negara akan diadakan 17 Mei dan undian dalam talian bagi ahli parti selebihnya, diadakan dari 18 hingga 20 Mei ini melalui aplikasi ADIL yang diperkenalkan pada 28 Feb lepas," katanya.
Pemilihan PKR yang diadakan secara hibrid buat julung kalinya, menyaksikan jawatan nombor dua parti itu menjadi tumpuan apabila Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Naib Presiden dilantik Rafizi Ramli, bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Presiden PKR bagi tempoh 2022-2025 apabila menang tanpa bertanding jawatan itu.
Turut mencuri tumpuan pada pemilihan kali ini adalah empat jawatan Naib Presiden PKR yang menyaksikan 17 calon menawarkan diri bertanding, termasuk Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Datuk Seri Aminuddin Harun.
Saingan mengisi jawatan itu turut melibatkan penyandang Chang Lih Kang, Pengarah Komunikasi PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, dan Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Ketua Setiausaha Pengelola PKR yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, bekas Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bekas Timbalan Pengerusi PKR Perak M.A Tinagaran, bekas Ahli Parlimen Kapar G.Manivannan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa Dr G.Gunaraj juga akan bersaing bagi jawatan Naib Presiden PKR.
Keputusan tidak rasmi calon yang menang akan dipaparkan di laman web rasmi PKR dalam tempoh 24 jam selepas proses pengundian tamat pada 22 Mei, sementara keputusan rasmi akan diumumkan di Kongres Nasional PKR pada 25 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Suasana proses pengundian pemilihan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 bagi PKR Cabang Kuala Terengganu di Bangunan Adil Bukit Besar hari ini. - Foto BERNAMA
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac dakwa ada kaitan dengan 'orang keliling' Altimet
Hans turut mengesahkan hubungannya dengan pelantun lagu 'Kalau Aku Kaya' itu tidak mempunyai sebarang masalah.
Pemilihan PKR: Hans Isaac tuntut jawapan daripada JPP, akur jika proses adil
Hans turut menceritakan semula kronologi proses pengiraan pada pemilihan kali kedua, yang didakwa menyaksikan beliau telah memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang.
Senarai keputusan Pemilihan PKR 2022
Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Presiden bagi tempoh 2022/2025 selepas menang tanpa bertanding.
Pemilihan PKR 2022: "Ini kemenangan untuk Ampang, parti" - Hans Isaac
Kata Hans, bukan populariti jadi kayu ukur kemenangannya.
Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.
Pemilihan PKR 2022: Kemenangan Rafizi beri harapan baharu generasi muda
Kemenangan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2022 memberi satu harapan kepada generasi muda untuk menerajui parti-parti politik di tanah air.
'Saya selalu katakan anda ahli politik paling berbakat' - KJ alukan kehadiran semula Rafizi
Khairy, yang juga Menteri Kesihatan berkata, turut mengalu-alukan penglibatan semula bekas Ahli Parlimen Pandan itu dalam arena politik.
Pemilihan PKR 2022: Farhash bantah, gesa audit forensik, Amirudin ucap terima kasih
Farhash berkata, bantahan rasmi akan dikemukakan untuk menyiasat ketelusan keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada Ahad.
Pemilihan PKR 2022: Saifuddin ucap tahniah kepada Rafizi
Dalam coretannya di Facebook pada Ahad, Saifuddin menyatakan beliau menghormati keputusan anggota parti itu.
Pemilihan PKR 2022: Rafizi jauh dahului Saifuddin
Setakat pukul 8.30 malam, semakan di laman sesawang keputusan pemilihan PKR 2022 di 13 negeri melibatkan 190 cabang menyaksikan Mohd Rafizi memperolehi 64,423 undi.