awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Amirudin, Ramanan, Aminuddin, Chang Lih Kang dipilih Naib Presiden

Bernama
Bernama
23/05/2025
15:25 MYT
Pemilihan PKR: Amirudin, Ramanan, Aminuddin, Chang Lih Kang dipilih Naib Presiden
Chang Lih Kang, Amirudin Shari, Aminuddin Harun, dan R. Ramanan. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Tiga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028, hari ini.
Mereka ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Amirudin memperoleh 7,955 undi, diikuti Timbalan Ketua Penerangan 1 yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R. Ramanan (5,895 undi), Aminuddin (5,889 undi) dan Chang meraih 5,757 undi.
Penyandang, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, bagaimanapun tewas dalam persaingan yang ditandingi 11 calon itu.
Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjadi muka baharu yang berjaya mendapat mandat daripada perwakilan untuk menggalas tanggungjawab itu.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini.
Kongres yang dirasmikan Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan kepimpinan tertinggi parti.
Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu Sabah (UPKO) Datuk Ewon Benedick, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua AMK selepas tiada pencabar.
Beliau menggantikan Adam Adli Abdul Halim yang bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan kali ini.
Pemilihan kepimpinan sesi 2025-2028 menyaksikan 251 calon menawarkan diri bertanding dalam pemilihan, merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan AMK dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Naib Presiden
#pemilihan parti
#Parti Keadilan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan