POLITICS
Pemilihan PKR: 'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi

Rafizi Ramli memberitahu, beliau sedar mengenai realiti politik semasa yang menyukarkan peluangnya untuk menang dan menyifatkan segala-galanya seolah-olah sudah 'tersusun'. - Foto FB Rafizi Ramli
"KALAU saya menang, saya mungkin mati terkejut."
Itu pengakuan terbuka Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mengakui akan kalah dalam pemilihan PKR untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden parti itu, meskipun mendapat sokongan padu sepanjang tempoh kempen.
Rafizi memberitahu, beliau sedar mengenai realiti politik semasa yang menyukarkan peluangnya untuk menang dan menyifatkan segala-galanya seolah-olah sudah 'tersusun' dan isyarat kekalahan itu sudah jelas dilihat.
"Saya boleh jamin, walaupun kempen berjalan baik, walaupun sambutan bagus, komen netizen memang 80 hingga 90 peratus menyokong... Tapi tengoklah, kalau saya menang, saya mungkin mati lemah jantung, (serangan) jantung kedua, mati terkejut," katanya secara berseloroh ketika berucap pada program Jelajah Hiruk PKR di Johor Bahru, Johor pada Selasa.Jelas Rafizi, beliau bukanlah orang baharu dalam arena politik dan sudah melalui pelbagai pemilihan parti sejak mula menceburi politik pada tahun 1999.
"Saya bukanlah bodoh. Saya bukan budak baru belajar. Saya dalam politik ini daripada tahun 1999. Berapa banyak dah pemilihan parti yang saya lalui. Saya adalah anggota Majlis Pimpinan Pusat paling muda pada 2003. Saya sudah melalui semua," tambahnya lagi.
Malah, beliau menyifatkan segala-galanya dalam pemilihan kali ini seolah-olah sudah ‘tersusun’ dan isyarat kekalahan itu sudah jelas dilihat.
Pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR dijangka menjadi tumpuan utama parti itu minggu ini.
Rafizi dicabar Nurul Izzah Anwar, anak kepada Perdana Menteri dan juga Presiden PKR.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami