awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Trump tandatangan perintah eksekutif tamatkan sekatan ke atas Syria
MALAYSIA
Kenapa tekanan global paksa syarikat nilai semula pengambilan pekerja
MALAYSIA
Permohonan bantuan komputer riba siswa Johor sehingga 30 Julai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

Pemilihan PKR: Kekalahan bukan kerana pilih 'geng' - Nik Nazmi

Sinar Harian
Sinar Harian
12/05/2025
06:45 MYT
Pemilihan PKR: Kekalahan bukan kerana pilih 'geng' - Nik Nazmi
Nik Nazmi berucap dalam program Jelajah Hiruk Zon Melaka dan Negeri Sembilan di Seremban pada Ahad. - Sinar Harian.
SEREMBAN: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa beliau tidak kisah kalah dalam pemilihan cabang yang lalu, namun tidak bersetuju dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kekalahan itu disebabkan oleh kesilapan memilih 'geng'.

Ringkasan AI
  • Nik Nazmi menolak tuduhan bahawa kekalahannya dalam pemilihan cabang PKR berpunca daripada kesilapan memilih kumpulan yang menentang Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan sejarah panjangnya dalam PKR.
  • Beliau mengakui cabaran dalam menyeimbangkan tanggungjawab sebagai Menteri serta peranan dalam parti, sambil menegaskan komitmennya untuk memastikan PKR terus mentadbir kerajaan dan Anwar kekal sebagai Perdana Menteri.
  • Nik Nazmi berharap proses pemilihan berjalan dengan adil dan telus serta menyeru ahli PKR untuk membuat keputusan tepat demi masa depan parti, mengingatkan bahawa pengurusan pemilihan yang lemah boleh memberi kesan terhadap kepercayaan rakyat.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu turut menafikan dakwaan bahawa kumpulan yang dipilihnya merupakan kelompok yang menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ada yang kata saya silap pilih geng, masuk kumpulan lawan presiden sebab itu kalah. Saya pelik dengan dakwaan tersebut kerana yang membawa saya masuk ke dalam parti ialah Rafizi (Datuk Seri Rafizi Ramli). Masa itu umur saya baru 19 tahun, masih mahasiswa.
"Kemudian, saya bekerja untuk parti, membantu Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Ismail), Nurul Izzah, dan beberapa sahabat lain sehingga bekerja sebagai setiausaha sulit kepada presiden parti.
"Pada 2008, dalam keadaan tidak cukup calon, kita masuk untuk bertanding PRU dan, disebabkan gelombang rakyat, ramai antara kami menang.
"Jadi bila ada yang kata kami semua lawan presiden, dakwaan itu tidak logik kerana ramai antara kami telah lama berada dalam parti berbanding mereka yang baru sekarang," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Hiruk Zon Melaka dan Negeri Sembilan di Klana Grand Ballroom, di sini pada Ahad.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu turut berterima kasih kerana diberi peluang menjawat jawatan dalam Kabinet, yang mana beliau banyak belajar perkara baharu.
"Saya akui tidak mudah mengimbangi tugas dalam kerajaan selain menjaga zon kawasan, kerja dalam parti, dan tanggungjawab-tanggungjawab lain.
"Setiap hari saya bekerja dengan komitmen mahu melakukan yang terbaik supaya mempunyai rekod cemerlang untuk dibawa kepada rakyat dalam kempen PRU akan datang, bagi memastikan kita terus mentadbir kerajaan dan Anwar kekal sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua," ujarnya.
Justeru, Nik Nazmi berharap proses Pemilihan PKR 2025 yang akan berlangsung hujung bulan ini dijalankan secara adil dan telus serta mengingatkan ahli PKR supaya tidak takut untuk membuat keputusan yang tepat dan terbaik demi masa depan parti.
"Dalam pemilihan ini, kita sering tekankan supaya tiada perkara yang boleh mengganggu-gugat parti. Mahu bertanding tidak ada masalah, cuma kita mahu ia berlangsung dalam keadaan positif.
"Kita tidak mahu ada gerakan tertentu yang boleh menimbulkan perasaan kurang senang. Kita baru selesai pemilihan cabang, dan tiada masalah jika kalah.
"Namun, jika kita tidak dapat menguruskan pemilihan ini dengan baik dan membuktikan bahawa parti ini berbeza daripada yang lain, rakyat akan menghukum kita," katanya.
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Nik Nazmi
#pilih geng
#Nurul Izzah
#Rafizi Ramli
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami