awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Lebih 9,000 terlibat pengundian fizikal, 20,000 dalam talian

Bernama
Bernama
14/05/2025
10:45 MYT
Pemilihan PKR: Lebih 9,000 terlibat pengundian fizikal, 20,000 dalam talian
Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata lebih 20,000 perwakilan pula akan melakukan pengundian secara dalam talian pada pemilihan yang ditetapkan 23 Mei ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Lebih 9,000 perwakilan dijangka terlibat dalam pengundian secara fizikal pemilihan kepimpinan pusat PKR untuk sesi 2025-2028 di sini, minggu hadapan.
Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata lebih 20,000 perwakilan pula akan melakukan pengundian secara dalam talian pada pemilihan yang ditetapkan 23 Mei ini.
"Perwakilan secara fizikal kali ini adalah tinggi, maka semua perwakilan yang layak hadir ini akan mengundi fizikal pada hari berkenaan," katanya pada sidang media selepas melawat sebuah syarikat pembungkusan minyak masak subsidi, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah perwakilan yang akan terlibat mengundi bagi pemilihan kepimpinan pusat.
Fuziah berkata pemilihan kepimpinan pusat melibatkan kedua-dua kaedah undian iaitu secara fizikal dan dalam talian oleh perwakilan Kongres Pusat, Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Wanita Pusat di Hotel Berjaya Waterfront Hotel dan Pusat Konvensyen Danga Bay di sini.
FUZIAH-PKR (PEMILIHAN) 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU
Beliau dalam pada itu yakin pemilihan berkenaan akan berjalan dengan baik dan lancar memandangkan PKR pada pemilihan sebelum ini melantik pihak ketiga untuk membuat audit sistem pemilihan yang dilaksanakan.
Fuziah berkata PKR sentiasa memastikan sistem pemilihan yang dijalankan mengikut standard atau piawaian antarabangsa.
"Kita telah melantik pihak audit dari luar negara (sebelum ini), audit daripada segi dalaman dan sebagainya dan mereka menunjukkan bahawa ia mengikut standard antarabangsa sebab kita menggunakan teknologi blok rantai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#pengundian fizikal
#dalam talian
#Fuziah Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan