POLITICS
Pemilihan PKR: Ramanan nafi terlibat salah laku

R Ramanan ketika bertemu pengamal media selepas perasmian Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional di sebuah hotel di Seksyen 13 hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Calon Naib Presiden PKR Datuk Seri R Ramanan menafikan dakwaan terlibat dengan sebarang salah laku susulan satu video tular memaparkan beliau memberikan wang kepada individu lain di hadapan sebuah premis.
Ringkasan AI
- Penafian Risiko Politik Wang: Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyangkal dakwaan bahawa PKR berdepan risiko politik wang dalam pemilihan parti bagi sesi 2025-2028, menyatakan tiada aduan diterima oleh Lembaga Disiplin parti.
- Perbelanjaan Parti & Sensitiviti Rakyat: Beliau mengakui PKR kini mempunyai keupayaan kewangan yang lebih baik untuk mengadakan program, tetapi menegaskan perbelanjaan berlebihan yang kelihatan mewah perlu dielakkan kerana rakyat sensitif terhadap kemewahan.
- Persaingan Timbalan Presiden: Pemilihan Timbalan Presiden melibatkan persaingan antara Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Rafizi Ramli, dengan Saifuddin menasihati perwakilan untuk memilih berdasarkan kayu pengukur yang jelas.
"Kalau kita sanggup buat politik kotor macam ni, ia sangat teruk, ini adalah fitnah...saya harap mereka yang tidak bertanggungjawab ini belajar," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional di sini hari ini.
Sebelum ini, tular klip rakaman berdurasi 34 saat memaparkan Ramanan memberikan wang kepada individu lain di hadapan sebuah premis sebelum beredar.
Mengulas mengenai pemilihan kali ini, Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR berkata setiap calon bertanding perlu berkempen secara tertib tanpa menghina atau mengutuk individu lain dengan perhatian perlu diberikan kepada akar umbi.
"Ini adalah pemilihan parti, bukan pilihan raya. Kita kena betul-betul sentuh akar umbi, pergi berjumpa mereka tidak kira secara peribadi atau di mana-mana, kita kena tanya apa rintihan, kesusahan dan apa yang diharapkan daripada kita," katanya.
Pada masa sama, Ramanan menjelaskan kenyataan dibuatnya sebelum ini berhubung PKR mampu memenangi hingga 80 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 jika calon Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar memenangi pemilihan kali ini, telah disalah tafsir.
Beliau berkata jumlah disebutkan itu adalah sasaran optimis, berdasarkan rekod pencapaian Nurul Izzah yang berjaya mengemudi parti pada PRU14 dan berjaya mendapatkan 50 kerusi untuk PKR.
"Ia adalah harapan, adakah salah untuk kita ada harapan?" tanyanya.
Pemilihan PKR menyaksikan pertembungan antara Nurul Izzah dan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam merebut jawatan Timbalan Presiden manakala Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tanpa pencabar.
Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, dengan pemilihan pimpinan pusat pada 23 Mei.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami