POLITICS
Pemilihan PKR: Ramanan tekad bawa suara Malaysia Madani seiring teras utama parti

Ramanan mahu memastikan inklusiviti, keadilan, dan peluang saksama untuk semua dalam kepimpinan PKR, serta memperkukuh ideologi reformasi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Penerangan PKR 1 Datuk Seri R Ramanan yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden PKR bertekad membawa suara Malaysia Madani seiring teras utama parti.
Ringkasan AI
- Datuk Seri R Ramanan bertekad membawa suara Malaysia Madani dan memperkukuh peranan PKR sebagai parti berbilang kaum.
- Beliau mahu memastikan inklusiviti, keadilan, dan peluang saksama untuk semua dalam kepimpinan PKR, serta memperkukuh ideologi reformasi.
- Pemilihan kali ini bukan hanya menentukan kepimpinan parti tetapi juga hala tuju PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.
"Saya komited untuk membawa suara anggota KEADILAN ke arus perdana kepimpinan parti, memastikan inklusiviti, keadilan, dan peluang yang saksama untuk semua.
"Saya percaya KEADILAN perlu memperkukuh peranannya sebagai wadah politik progresif yang benar-benar mewakili kepelbagaian rakyat Malaysia dengan berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu menyeru semua anggota PKR untuk bersama-sama dalam perjuangan sebagai satu pasukan iaitu 'Pasukan Anwar Ibrahim'.
Beliau berkata pemilihan kali ini bukan sekadar memilih kepimpinan, tetapi menentukan hala tuju parti dalam mengekalkan idealisme reformasi yang dijunjung selama ini, selain membantu kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri, untuk terus membawa perubahan kepada negara.
"Dengan dukungan kalian, kita akan terus maju sebagai parti yang benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia Madani seiring dengan Gagasan Malaysia Madani," katanya.
Pada 24 Mac lepas, Ramanan mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu Mei ini bagi memperkukuh dan memperkasakan lagi PKR dari peringkat akar umbi sehinggalah pimpinan pusat terutama dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami