POLITICS
Pemilihan PKR: ‘Saya akan beri keputusan terbaik’ - Nurul Izzah

Nurul Izzah berkata, keputusan yang diambil harus mengambil kira keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan PKR terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar belum memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, sebaliknya memberi jaminan akan membuat 'keputusan terbaik' mengenai perkara itu.
Ringkasan AI
- Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, belum memutuskan sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, tetapi memberi jaminan akan membuat keputusan terbaik yang mengimbangkan kesepakatan, persahabatan, dan reformasi bermakna untuk semua anggota.
- Beberapa pemimpin kanan PKR, termasuk Datuk Seri Amirudin Shari, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Fadhlina Sidek, dan Adam Adli Abdul Halim, telah menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah untuk bertanding jawatan yang kini disandang oleh Datuk Seri Rafizi Ramli.
- PKR mengumumkan proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan pusat parti akan diadakan pada 8 dan 9 Mei, dengan pengundian peringkat pusat dan perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 23 Mei, dan Kongres Nasional pada 24 Mei.
Tambahnya lagi, keputusan yang diambil harus mengambil kira keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan PKR terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia.
Pada Selasa, beberapa pemimpin kanan parti telah menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan berkenaan yang disandang oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli
Antara mereka ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek, Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli Abdul Halim dan beberapa ketua cabang.
Minggu lalu, beberapa pemimpin dari kem Rafizi dilaporkan tewas semasa pemilihan peringkat cabang minggu lalu.
PKR mengumumkan proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan pusat parti akan diadakan pada 8 dan 9 Mei.
Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei (Jumaat) manakala Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 24 Mei (Sabtu).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami