POLITICS
Pemilihan PKR: Segala dakwaan perlu serta bukti - Amirudin

Amirudin berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), telah melakukan sebaiknya dalam memastikan proses pemilihan barisan kepimpinan sesi 2025-2028 berlangsung secara adil dan telus. - Gambar fail
KUALA SELANGOR: Segala dakwaan berhubung ketelusan proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada pada peringkat cabang atau pimpinan pusat, perlu disertakan dengan bukti dan bukannya bersandar kepada permainan sentimen atau hujahan tidak jelas.
Ringkasan AI
- Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, menegaskan bahawa dakwaan mengenai ketelusan proses pemilihan perlu disertakan dengan bukti. Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) telah berusaha memastikan pemilihan berlangsung secara adil dan telus, termasuk melaksanakan pengundian semula di beberapa cabang.
- Pemilihan kepimpinan pusat pada 23 Mei akan dijalankan secara pengundian fizikal di Johor Bahru dan secara dalam talian bagi perwakilan biasa dan tambahan menggunakan aplikasi ADIL.
- Kongres Nasional PKR, termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita, akan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei di Johor Bahru, Johor.
"Laporan dan audit pemilihan peringkat cabang secara menyeluruh sudah pun dibentangkan kepada pimpinan pusat baru-baru ini," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej A dan Pakej C, di sini hari ini.
Pemilihan kepimpinan pusat pada 23 Mei ini bermula 8 pagi hingga 5 petang, akan dijalankan menerusi dua kaedah, iaitu secara pengundian fizikal oleh perwakilan Kongres Pusat, Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Wanita Pusat, masing-masing di Berjaya Waterfront Hotel dan Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru, Johor.
Bagi Sabah dan Sarawak, pengundian fizikal akan dilaksanakan di International Technology and Commercial Centre (ITCC), Penampang dan Penview Convention Centre, Kuching, sementara perwakilan biasa dan perwakilan tambahan bagi Kongres Pusat, AMK Pusat dan Wanita Pusat tidak perlu hadir secara fizikal kerana pengundian akan dibuat secara dalam talian pada tarikh dan masa yang sama menerusi aplikasi ADIL.
Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, Johor.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami