awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: 'Jangan kempen secara negatif' - Isham Jalil

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
16/02/2023
15:52 MYT
Pemilihan UMNO: 'Jangan kempen secara negatif' - Isham Jalil
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menasihatkan semua calon dalam pemilihan UMNO akan datang agar mengamalkan kempen secara positif. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menasihatkan semua calon dalam pemilihan UMNO akan datang agar mengamalkan kempen secara positif.
Menurutnya, saranan itu juga dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato' Onn pada Khamis.
"Kita banyak bincang pasal pemilihan yang akan datang. Perkara yang boleh dibuat, yang tidak boleh, macam etika semasa pemilihan.
"Boleh berkempen tapi secara positif... jangan kempen negatif, membuka serangan kepada calon lain.
"Bila berkempen secara negatif, bukan (orang) dalam parti sahaja tengok, tapi lawan UMNO pun tengok. Itu tidak baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai mesyuarat pada Khamis malam.
Dalam pada itu, ketika ditanya jumlah pencalonan dalam pemilihan kali ini, beliau memaklumkan masih belum memperolehi data yang spesifik.
"Setakat ini saya tidak boleh beritahu secara spesifik. Cuma setakat hari ini jumlahnya amat menggalakkan... jumlah mereka yang nak bertanding dalam UMNO.
"(Itu bukti demokrasi semakin bercambah dalam UMNO?) Ya, demokrasi terus bercambah, ramai yang nak bertanding," ujarnya.
Dalam mesyuarat pada malam Khamis, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli MKT parti itu.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengangkat sumpah di hadapan Ahli MKT sebelum mesyuarat bermula pada malam tadi.
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Ketua Penerangan UMNO
#Isham Jalil
#kempen positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan