awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Mampukah Shahrizat saingi Noraini?

Sinar Harian
Sinar Harian
18/02/2023
01:10 MYT
Pemilihan UMNO: Mampukah Shahrizat saingi Noraini?
Buat masa ini, jawatan Ketua Wanita UMNO hanya melibatkan perebutan antara Shahrizat dan Noraini.
KEPUTUSAN bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk membuat 'comeback' dengan merebut jawatan tertinggi sayap wanita itu pada pemilihan akan datang sememangnya tidak mengejutkan.
Hal ini kerana, desas-desus mengenai bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ingin membuat kemunculan kembali dalam pentas politik sememangnya telah mula bertebaran sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun teka-teki mengenainya berakhir selepas beliau sendiri mengesahkan akan bertanding bagi merebut jawatan yang ketika ini disandang Datuk Seri Noraini Ahmad.
Malah Shahrizat turut dilaporkan telah menghantar borang pencalonan melalui wakilnya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.
Justeru, kini sahlah Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong bakal dicabar bekas 'mentornya' yang sebelum ini membuat keputusan untuk berundur pada 2018 lalu.
Noraini yang mula memegang jawatan Ketua Wanita UMNO pada tahun sama Shahrizat mengumumkan untuk mengundurkan diri juga turut disahkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan akan datang.
Menurut laporan, hasrat Noraini mempertahankan jawatannya itu sudah dinyatakan kepada pimpinan sayap dan negeri baru-baru ini.
Difahamkan, buat masa ini, jawatan Ketua Wanita UMNO hanya melibatkan perebutan antara Shahrizat dan Noraini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Shahrizat Abdul Jalil
#noraini ahmad
#Ketua Wanita Umno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan