awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Mohd Razlan menang Ketua Bahagian Seputeh

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2023
14:31 MYT
Pemilihan UMNO: Mohd Razlan menang Ketua Bahagian Seputeh
Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seputeh menewaskan penyandangnya, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff dalam pemilihan UMNO bagi sesi 2023-2026 pada Sabtu. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seputeh menewaskan penyandangnya, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff dalam pemilihan UMNO bagi sesi 2023-2026 pada Sabtu.
Mohd Razlan memberitahu, keputusan tersebut memihak kepadanya dengan majoriti 206 berbanding 52 undi yang diperoleh Mustapa Kamal.
“Ini adalah satu tanggungjawab yang besar untuk kita memastikan UMNO ini memberi impak dari sudut keputusan parti selepas 18 Mac ini.
“Jadi kita mengharapkan semua perkara-perkara hitam disebabkan oleh ketidakstabilan dan ketidaksetiaan pemimpin-pemimpin parti semasa musim penggal ke-14 itu tidak berulang.
“Ini untuk memastikan UMNO ini dapat kita garap semula kesetiaannya,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Persaingan merebut jawatan dalam Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 bermula selepas tempoh pendaftaran calon ditutup secara rasmi pada jam 26 Februari lalu.
Selepas selesai pemilihan sayap pada Sabtu lalu, UMNO bakal menyaksikan kemuncak pemilihan pemimpin yang bakal merebut jawatan Naib Presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
Pemilihan UMNO berakhir pada Sabtu dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan ahli MKT UMNO.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Mohd Razlan Muhammad Rafii
#Ketua UMNO Bahagian Seputeh
#Mustapa Kamal Mohd Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan