awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Nurulhidayah kalah bukti tiada campur tangan presiden - Zahid

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
18/03/2023
06:30 MYT
Pemilihan UMNO: Nurulhidayah kalah bukti tiada campur tangan presiden - Zahid
Zahid berkata, perkara itu memperlihatkan bahawa beliau bersikap profesional walau anaknya sendiri yang bertanding pada pemilihan parti. - Gambar/ IG nurul.zahid
BAGAN DATUK: Kekalahan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dalam merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk membuktikan tiada unsur campur tangan presiden pada Pemilihan UMNO.
Demikian kata, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengenai kekalahan anaknya itu.
Beliau berkata, perkara itu juga memperlihatkan bahawa beliau bersikap profesional walau anaknya sendiri yang bertanding pada pemilihan parti.
“Walau bapa beliau (Nurulhidayah) adalah Ketua Bahagian (UMNO Bagan Datuk) dan Presiden UMNO, ia memperlihatkan tidak ada campur tangan untuk pemilihan di peringkat bahagian dan di semua peringkat parti.
“Dan saya mengambil langkah-langkah profesional agar (memberitahu kepada) kepimpinan tertinggi (parti) tidak perlu campur dalam pemilihan ini.
“Sebagaimana yang saya seru sebelum ini kepada ahli untuk membuat pilihan yang terbaik di kalangan yang baik-baik, (dan saranan ini turut diseru) termasuk (kepada) anak sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini pada Sabtu.
Pada Ahad lalu, media melaporkan Nurulhidayah gagal memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk pada pemilihan kali ini selepas tewas di tangan penyandangnya, Zarozatin Isa.
Bagaimanapun beliau mendapat undi kedua terbanyak bagi jawatan Exco Wanita UMNO Pusat dengan memperoleh 330 undi dalam pemilihan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Zahid Hamidi
#Nurulhidayah
#anak perempuan presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan