awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Bumiputera tidak sesuai dengan DAP - Pengerusi Gaum

Bernama
Bernama
30/08/2017
11:44 MYT
Pemimpin Bumiputera tidak sesuai dengan DAP - Pengerusi Gaum
Surat peletakan jawatan Dr Bosi diserahkan kepada setiausaha DAP Sabah pada 24 Ogos lalu. - Gambar fail
Peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan Dr Edwin Bosi sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah sekali gus mengumumkan keluar daripada parti itu menunjukkan petanda bahawa pemimpin bumiputera sangat tidak sesuai dengan DAP, kata Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum).
Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 2013 telah memperlihatkan hampir kesemua calon bumiputera DAP kalah teruk dalam pertandingan merebut jawatan kuasa tertinggi parti itu.
"... melainkan Zairil Khir Johari yang mendapat undi 1,132 dan menduduki tempat ke-12 daripada 20 kerusi dipertandingkan. Difahamkan, Bosi turut kalah dalam pertandingan CEC DAP tetapi dilantik semula ke jawatan kuasa tertinggi DAP bagi kuota bumiputera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Bosi mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan sebagai timbalan pengerusi DAP negeri kerana wujud perbezaan antara beliau dengan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong.
Surat peletakan jawatan Dr Bosi diserahkan kepada setiausaha DAP Sabah pada 24 Ogos lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Bumiputera
#calon
#DAP
#GERAKAN
#Malaysia
#pemilihan
#pilihan raya
#UMNI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan