KUALA LUMPUR:Pemimpin politik senior perlu segera berhenti politiking dan membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Pengerusi Srikandi Muda, Datin Ema Syuhaili Mohd Sukor menegaskan, kedegilan mereka menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan sekali lagi.
"Sebagai anak muda, kami menggesa pemimpin-pemimpin yang lebih senior dari semua parti politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang agar menghentikan politiking yang langsung tidak membantu dalam memutuskan rantaian pandemik sehingga menyebabkan PKP.
"Fikir-fikirkanlah nasib kami golongan muda yang baru mahu mula bertatih untuk memulakan kehidupan, membina keluarga dan menyumbang kepada negara.
"Kami terbeban dengan pelbagai halangan selain kesukaran mendapatkan pekerjaan, beban hutang pinjaman Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kesukaran untuk membeli rumah yang terlalu mahal bagi golongan muda," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri
BACA: Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Jelasnya, hambatan itu menyebabkan golongan muda masih belum mampu untuk membalas jasa ibu bapa.
"Kami menggesa pemimpin-pemimpin politik duduk bersama-sama dan bersatu padu dalam memerangi COVID-19 dan memikirkan nasib golongan muda seperti kami yang berdepan dalam kesukaran untuk meneruskan kehidupan.
"Seperti yang sudah dijanjikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas pandemik COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya, beliau akan membubarkan Parlimen bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk diadakan dan pada ketika itu, kita berpolitiklah semahunya," ujarnya.
Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar petugas barisan hadapan terus cekal dan tabah memerangi gelombang ketiga penularan wabak COVID-19.
Al-Sultan Abdullah bertitah kepada rakyat agar mengetepikan perbezaan politik, bangsa dan agama dan bersama-sama memerangi musuh halimunan itu.
Pada Selasa, Malaysia mencatatkan 14 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara adalah sebanyak 619 kes.
Pada masa sama, sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan dan jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu berjumlah 165,371 kes .
Astro Awani
Wed Jan 20 2021
Ema Syuhaili menegaskan, kedegilan pemimpin politik senior menyebabkan PKP terpaksa dilaksanakan sekali lagi. - Astro AWANI
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.