awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO kecam kenyataan Hadi Awang, Hassan Karim

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
01/03/2024
04:20 MYT
Pemuda UMNO kecam kenyataan Hadi Awang, Hassan Karim
Dr Akmal menyarankan satu undang-undang khas digubal untuk mengawal sebarang tindakan tidak beradab malah derhaka terhadap institusi Raja-Raja Melayu sejajar dengan prinsip Rukun Negara. - Gambar fail Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak menghormati institusi raja dan akan terus menegur mana-mana individu atau parti yang melakukan sedemikian.
Menurut Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh, sayap UMNO itu juga menyarankan satu undang-undang khas digubal untuk mengawal sebarang tindakan tidak beradab malah derhaka terhadap institusi Raja-Raja Melayu sejajar dengan prinsip Rukun Negara.
Ini kerana, ujarnya, institusi raja bukan modal untuk sesiapa meraih dividen politik bagi survival mana-mana individu atau parti malah ia harus dimartabat, dipelihara dan dihormati.
“Kenyataan yang dibuat oleh beberapa pimpinan politik terhadap institusi raja baru-baru ini menunjukkan satu sikap yang tidak beradab dan mewujudkan prasangka terhadap institusi raja-raja.
‘’Pertama berhubung kenyataan sinis Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan Sultan Selangor dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata.
‘’Kedua berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menyatakan Agong telah melangkaui batas susulan titah baginda semasa pembukaan parlimen lalu,’’ katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
BACA: Sultan Selangor dukacita kenyataan Abdul Hadi
Tambah Dr Akmal, kedua-dua ahli politik ini telah membuat satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.
Pemuda UMNO juga yakin konteks yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor bertujuan untuk memastikan keharmonian, kestabilan dan perpaduan rakyat Malaysia terus terpelihara selain fokus diberikan sepenuhnya kepada usaha memajukan negeri dan negara.
Dalam masa sama ujarnya, Pemuda UMNO juga yakin bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor amat arif dan mendapat nasihat serta pandangan yang menyeluruh berkenaan soal Perlembagaan dan tugas sebagai pemelihara Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#Abdul Hadi Awang
#Hassan Karim
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan