KOTA KINABALU: Penubuhan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat bertepatan bagi memastikan Sabah diterajui pemimpin yang arif dengan situasi politik tempatan di negeri ini, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata pemimpin yang mempunyai kriteria tersebut adalah penting bagi memastikan usaha memacu pembangunan Sabah berada di landasan yang betul dan mampu memberi manfaat kepada rakyat di Negeri di Bawah Bayu ini.
"Sebenarnya penubuhan GRS ada disuarakan dari peringkat pusat sebagai usaha untuk memastikan bahawa politik Sabah kekal diterajui oleh mereka yang lebih faham mengenai suasana di Sabah. Jadi kita Bersatu Pusat menyokong penuh penubuhan GRS.
"Ini (gabungan GRS) adalah adalah situasi di mana peringkat Persekutuan kita ada isu-isu menyebabkan gabungan kita berbeza namun di peringkat negeri boleh dilaksanakan (gabungan lain)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera penerangan Bersatu di sini malam ini.
Komponen GRS terdiri daripada Bersatu, serta parti tempatan iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Mengulas mengenai perjumpaan itu, Wan Saiful berkata ia adalah jelajah untuk berjumpa dengan semua jentera penerangan Bersatu Sabah, dan telah mengadakan perjumpaan dengan jentera parti di Tawau, Sandakan, Ranau dan Kota Kinabalu.
"Esok saya akan ke Beaufort. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai perkembangan terkini parti dan politik di peringkat pusat. Selain itu kita akan bertukar pendapat dan berkongsi maklumat mengenai Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Wan Saiful berkata, Bersatu Pusat menyokong penuh penubuhan GRS. - Gambar fail
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.