CHANGLUN: Penubuhan Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak menjejaskan keahlian yang dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini, meskipun terdapat beberapa ahli yang 'berhijrah' menyertai parti yang baru ditubuhkan penghujung tahun lalu itu.
Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, jumlah keahlian parti itu yang direkodkan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) bulan lalu adalah, hampir mencecah 600,000 orang dan semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Tambahnya, dakwaan yang mengatakan terdapat beberapa kepimpinan tertinggi Bersatu akan menyertai PBM hanyalah spekulasi yang dimainkan sejak setahun yang lalu.
Beliau turut menyifatkan bahawa kumpulan yang terjejas teruk ketika ini khususnya dalam mendapatkan sokongan rakyat adalah gabungan Pakatan Harapan (PH), berikutan kekalahan teruk di Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak.
"Setakat ini, berdasarkan data yang kita ada keahlian Bersatu tidak berkurang akibat penubuhan Parti Bangsa Malaysia, malah keahlian kita meningkat, (sebelum ini) diumumkan (jumlahnya) sekitar 600,000 orang ahli kita, setakat (yang diumumkan) dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu,
"(Jadi parti) tidak terjejas setakat ini dari segi keadaan Bersatu, (manakala, dari segi keberadaan pula, perkembangan (parti) kita semakin sihat dalam politik negara dan sebenarnya yang agak terdesak (adalah) kawan-kawan dalam PH, PKR dan DAP.
"(Mengambil contoh) dalam PRN yang berlaku di Melaka dan Sarawak, keputusan yang dihadapi ahli gabungan Pakatan Harapan adalah boleh dikatakan bahawa sokongan (terhadap) mereka semakin menurun," kata beliau.
Wan Saiful berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan PTPTN di Masjid Al-Ihsan, Kampung Changkat Setol di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, mengulas mengenai desas-desus akan berlaku perubahan dalam Kabinet, Wan Saiful berkata, perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Sekali lagi komen saya, ini (adalah) spekulasi, sekarang (ini) ramai kawan wartawan yang telefon tanya… saya punya jawapan ini adalah spekulasi, kalau tambah lagi spekulasi satu lagi, dia akan jadi spekulasi yang lebih besar.
"Jadi elok serah kepada Perdana Menteri untuk bincang dengan pimpinan atasan semua parti, kalau komen dia akan jadi isu yang jauh lebih besar daripada sepatutnya," jelas Wan Saiful.
Dalam kalangan pemerhati politik, kecoh disebut bakal berlaku perubahan dalam Jemaah Kabinet termasuk dakwaan dua Ahli Parlimen daripada Bersatu akan digugurkan daripada barisan Kabinet selepas gagal menunjukkan prestasi baik dalam pengurusan bencana banjir.
Dua menteri Bersatu yang disebut-sebt bakal digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sementara menteri dari UMNO iaah Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam reaksinya berkata, belum tiba masanya untuk membincangkan soal rombakan Kabinet ketika ini.
Sebaliknya. tegas Ismail Sabri, fokus utama kerajaan kini adalah dalam mempercepatkan bantuan kepada mangsa yang terjejas dengan bencana banjir dan tindakan lanjut berhubung situasi COVID-19.
Abd Hadi Che Awang
Fri Jan 07 2022
Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, jumlah keahlian parti Bersatu yang direkodkan pada Perhimpunan Agung Tahunan bulan lalu mencecah 600,000 orang dan semakin meningkat dari semasa ke semasa. - Gambar fail
Harga jersi Liverpool naik melambung, Nike berdepan kecaman netizen
Nike telah dipersalahkan atas kenaikan harga jersi baharu Liverpool berikutan pelancarannya semalam.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu hutang calon PN, pimpinan Bersatu diberi penjelasan
Pimpinan Bersatu sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang.
Tulang kambing terlekat pada jari kanak-kanak
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia lapan tahun sedang menikmati juadah kambing perap.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
UNESCO hadiahkan semua wartawan Gaza anugerah PBB
Hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia memberi penghormatan kepada sumbangan cemerlang kepada pembelaan atau promosi kebebasan akhbar.
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.
Kumpulan Naza ambil alih 100 peratus pegangan Berjaya Enviro
Pengambilalihan ini sekali gus menjadikan Kumpulan Naza sebagai pemain utama sektor pengurusan sisa.
Ringgit melonjak 225 mata asas semasa dibuka
Ringgit melonjak 225 mata asas dan mengukuh berbanding dolar AS ketika dibuka pada Jumaat.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
Program Pra Tahfiz Kemas mampu lahirkan murid prasekolah kuasai 4M
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang bermula secara rasmi tahun ini mampu melahirkan murid prasekolah yang menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul (membuat pertim
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.