KOTA BHARU: Penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan oleh Pas dan UMNO disifatkan sebagai formula terbaik, kata Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata ini kerana penyatuan ummah itu bukan hanya terhad kepada parti-parti tertentu sahaja, sebaliknya ia boleh disertai oleh mana-mana parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam itu.
"Oleh sebab itu, Pas masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah ini membabitkan semua pihak terutamanya parti-parti Melayu Islam, parti bumiputera dan juga parti bukan Melayu yang tidak ekstrem sebagaimana yang disebut oleh Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi bekas jurulatih Kelantan FA yang juga legenda penyerang prolifik negara era 90-an, Hashim Mustapha di kediamannya dekat Kampung Guchil Bayam, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata penyatuan ummah amat diperlukan untuk menjadikan negara ini lebih baik dan harmoni pada masa depan.
"Kita memerlukan kepada penyatuan dan juga perkongsian kuasa untuk semua etnik, kaum, bangsa, agama di negara kita," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata ia adalah warna-warna politik di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.
"Terpulang kepada mereka... yang penting Pas jelas dari segi hala tuju dan persiapan kita juga lebih jelas," katanya.
Media sebelum ini melaporkan sebuah gabungan baharu diberi nama Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan ditubuhkan dengan hasrat menumbangkan Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Takiyuddin berkata penyatuan ummah amat diperlukan untuk menjadikan negara ini lebih baik dan harmoni pada masa depan. - Gambar fail
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
Muhyiddin, Zahid Hamidi bertemu, berbincang dari hati ke hati
Kata Muhyiddin, hubungan Bersatu dan UMNO mesti diperbaiki untuk mewujudkan keakbaran diantara dua parti Melayu itu.
Hubungan Bersatu - UMNO: "Alangkah baik jika semua pemimpin Melayu, Islam dapat bersatu" - Muhyiddin
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru kepada semua pemimpin Melayu dan Islam untuk bersatu dalam sebuah jemaah yang besar dibawah Perikatan Nasional (PN)
PRU15: Bertelagah atau bersekutu? - Kajian ILHAM Centre
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Dewan Undangan Negeri Slim pada Ogos lalu memberi keyakinan kepada Muafakat Nasional (MN) diterajui UMNO, PAS dan Bersatu.
Siar gambar 'Hadi bergaun pengantin', Pas Sabah sifatkan akhbar sebagai biadap
Pas Sabah menyifatkan tindakan sebuah akhbar berbahasa Cina di negeri itu yang menerbitkan foto yang diubahsuai menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai biadap.
Piagam Muafakat Nasional ibarat Rukun Negara - Khalid Samad
Piagam Muafakat Nasional yang dijalin antara Pas dan UMNO ibarat Rukun Negara, tegas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad.
Gabungan UMNO dan Pas tak akan dapat kuasai Malaysia - Mat Sabu
UMNO dan Pas memeterai piagam kerjasama, yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional, di Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC.
Kerjasama Pas-UMNO masih kabur?
Adakah konteks itu melibatkan gerak kerja politk semata-mata atau kerjasama yang lebih mendalam?