awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peratusan keluar undi rendah kerana cuaca dan cuti panjang

Bernama
Bernama
08/09/2018
21:19 MYT
Peratusan keluar undi rendah kerana cuaca dan cuti panjang
Halimey memperoleh sebanyak 13,725 undi manakala Dr Halimah mendapat sejumlah 9,698 undi. - Astro AWANI/Shahir Omar
Peratusan keluar mengundi yang rendah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia adalah berikutan cuti hujung minggu yang panjang serta cuaca hujan dan mendung sepanjang tempoh pengundian.
Demikian menurut pemenang kerusi DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar daripada Pakatan Harapan (PH) selepas menewaskan calon PAS, Dr Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi pada PRK itu pada Sabtu.
Halimey, 46, yang mewakili PKR, memperoleh sebanyak 13,725 undi manakala Dr. Halimah, 58, yang merupakan bekas Ahli Exco kerajaan negeri Selangor, mendapat sejumlah 9,698 undi.
Bercakap pada sidang media selepas keputusan diumumkan, Halimey berkata perkara utama yang akan diusahakan ialah masalah yang dihadapi oleh penduduk Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang.
"Saya sedia menjadi pengantara antara penduduk dengan kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk berbincang bagi mengatasi pelbagai masalah yang dialami oleh penghuni flet itu," katanya.
Selain itu, katanya, beliau juga akan menambah baik pusat khidmat masyarakat di kawasan berkenaan untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan untuk penduduk di sekitar Seri Setia.
Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan reaksi Dr Halimah tidak berhasil.
Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK DUN Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata peratusan keluar mengundi pada PRK berkenaan adalah 44.1 peratus.
Menurutnya jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah seramai 23,423 orang berbanding 53,492 pengundi layak mengundi bagi DUN Seri Setia.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia menikmati cuti hujung minggu yang panjang berikutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong hari ini dan esok cuti serta Awal Muharam, Selasa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Seri Setia
#Halimah Ali
#Halimey Abu Bakar
#keluar mengundi
#Pakatan Harapan
#peratusan
#pilihan raya kecil
#politik
#PRK
#Projek Perumahan Rakyat
#rakyat Malaysia
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan