Suara ahli-ahli UMNO dan rakyat yang mengharapkan perubahan sosial dan reformasi politik telah begitu lama kedengaran dan menjadi semakin lantang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia jelas terkesan selepas keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu telah tidak lagi memihak kepada UMNO dan juga Barisan Nasional (BN).
"Kini tiba masanya kita sebagai ahli-ahli UMNO untuk memperbaiki kelemahan kita dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbetulkan apa jua kelemahan kita yang lalu.
"UMNO perlu mendengar suara rintihan rakyat dan tidak lagi berterusan hidup di dalam kegemilangan masa dahulu.
"Inilah masanya bagi kita merubah cara pendekatan kita kepada rakyat dan tidak lagi berfikir bahawa rakyat harus perlu sentiasa merasa terhutang budi kepada UMNO dan BN," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Tajuddin sah tanding Naib Presiden UMNO
BACA: Dr Mahathir anggap Khairy calon terbaik terajui UMNO
Johari yang juga Ketua UMNO Titiwangsa turut mengumumkan hasrat bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO di dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan Parti UMNO yang akan berlangsung pada 30 Jun 2018 ini.
Tegasnya, UMNO kini sedang berdepan dengan perkembangan arus politik negara era baru di mana corak pemikiran dan kehendak rakyat telah pun berubah menjadi lebih kompleks dan pelbagai.
"UMNO adalah sebuah parti nasional dan merupakan tunjang kepada parti BN. Maka ia perlulah juga menjadi sebuah parti tarikan kepada golongan muda serta bersedia untuk menjadi suara dan aspirasi mereka. Inilah di antara cabaran-cabaran dan isu-isu yang perlu UMNO hadapi di masa yang mendatang ini.
"Saya percaya bahawa asas UMNO yang kukuh dan juga daya-tahannya selama ini dalam menghadapi apa jua cabaran dan krisis menjadikan UMNO sebuah parti yang masih lagi dihormati oleh pihak lawan.
"Sebagai sebuah parti pembangkang yang baru, UMNO harus terus menjadi saluran bagi suara rakyat untuk memperjuangkan hak-hak Rakyat di dalam menghadapi arus pembangunan ekonomi dan negara," jelasnya.
Johari menjadi ahli UMNO sejak dari tahun 1988, Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa selama lapan tahun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga wakil rakyat selama lima tahun.
Beliau juga merupakan Menteri Kewangan II bagi tempoh 21 bulan dan terlibat di dalam dunia korporat selama lebih 25 tahun.
Astro Awani
Mon Jun 04 2018
JOHARI: UMNO perlu mendengar suara rintihan rakyat dan tidak lagi berterusan hidup di dalam kegemilangan masa dahulu. - Gambar fail
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).