awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun

Bernama
Bernama
07/04/2023
13:05 MYT
Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun depan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perhimpunan agung itu diadakan lebih awal berbanding kebiasaan, sebelum jentera parti turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.
"Pada 14 Mei ini pula di Pusat Dagangan Dunia (WTC) kita akan akan adakan konvensyen parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dan kita juga akan sama-sama dengan parti lain bergerak bukan sahaja untuk PRN di enam negeri, tetapi juga sebagai pasukan untuk pemantapan kerajaan.
Jika kita satukan saf kepimpinan kerajaan ini akan kekal sehingga sekurang-kurangnya hingga Pilihan Raya Umum ke-16," katanya pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di WTC Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) amat menghargai kerjasama rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan akan terus mendukung aspirasi kerajaan.
Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO serta tiga Naib Presiden iaitu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ahmad Zahid sebelum itu mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato Onn di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung UMNO 2023
#MKT UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
#WTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan