awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perikatan Nasional Pahang rasmi ditubuh 26 Mac ini - Saifuddin

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2021
22:26 MYT
Perikatan Nasional Pahang rasmi ditubuh 26 Mac ini - Saifuddin
Saifuddin menyampaikan penerangan di hadapan pemimpin masyarakat ketika Program Malaysia Prihatin di Pekan, 11 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang akan ditubuhkan pada 26 Mac ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Bersatu Pahang Datuk Saifuddin Abdullah.
Menurutnya, mesyuarat penubuhan akan diadakan pada tarikh tersebut melibatkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan juga Gerakan, negeri Pahang.
Ia ekoran beberapa pertemuan tidak rasmi yang pernah diadakan dengan kepimpinan Pas dan Gerakan negeri itu pada minggu lepas.
"Pertemuan tak rasmi diadakan minggu lalu dalam suasana mesra persahabatan dan kami bersetuju untuk membuat mesyuarat penubuhan pada 26 Mac.
"Di peringkat kawasan Parlimen yang saya sempat jumpa, sambutan begitu baik.
"Pertemuan diadakan dalam penuh kemesraan dan masing-masing sedia bekerjasama dalam satu gabungan yang baru bagi menghadapi pilihan raya akan datang," jelasnya.
Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di sini semalam.
BACA: 'Saya penyokong kuat Undi 18' - Saifuddin
Ditanya mengenai hubungan antara Pas dan UMNO di dalam Muafakat Nasional (MN) pula, Saifuddin berkata Bersatu faham situasi tersebut dan menghormatinya sebagai hak parti masing-masing.
Katanya, ketika perjumpaan antara kepimpinan Bersatu dan Pas, mereka tidak membincangkan kerjasama bersama UMNO kerana UMNO memilih untuk tidak mahu bekerjasama dengan PN.
Keutamaan Bersatu hanya mengukuhkan hubungan antara parti-parti yang berada di dalam PN dan apa yang kelak akan berlaku adalah di luar kawalan pihaknya.
"Yang utama bagi Bersatu di negeri Pahang, dan saya percaya di seluruh negara, ialah kita hendak mengukuhkan hubungan dengan Pas dan Gerakan dan parti-parti lain yang sudah pun berada dalam PN. Itu tumpuan kita buat masa ini.
"Apa yang akan berlaku pada masa hadapan itu bergantung kepada keadaan, kerana ada keputusan dibuat di luar daripada kawalan kami, maknanya bukan kami yang buat keputusan tersebut," tambah Saifuddin.
Topic Berkaitan
#PN Pahang
#Saifuddin Abdullah
#UMNO
#PPBM
#Parlimen
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan