awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpaduan Nasional, legasi Fadzil Noor yang semakin terpinggir dalam Pas - Faiz

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
30/04/2025
02:50 MYT
Perpaduan Nasional, legasi Fadzil Noor yang semakin terpinggir dalam Pas - Faiz
Allahyarham Fadzil yang dikenali sebagai tokoh sederhana Pas pernah mencadangkan konsep Perpaduan Nasional pada tahun 2001 sebagai respon kepada gagasan perpaduan Melayu oleh Dr Mahathir ketika itu Presiden UMNO.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil menegaskan, konsep Perpaduan Nasional yang pernah menjadi legasi perjuangan mantan Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor kini tidak lagi diperjuangkan oleh Pas.
Menurut Faiz, Allahyarham Fadzil yang dikenali sebagai tokoh sederhana Pas pernah mencadangkan konsep Perpaduan Nasional pada tahun 2001 sebagai respon kepada gagasan perpaduan Melayu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu Presiden UMNO.
Allahyarham juga, kata Faiz, ketika itu mengangkat kepentingan negara melebihi sentimen perkauman dan menolak politik berasaskan kaum.
“Pemikiran politik Fadzil Noor sangat progresif, berlandaskan prinsip Islam seperti keadilan, masyarakat madani dan pentadbiran berkebajikan – satu asas yang digariskan dalam dokumen ‘Memorandum Pas Kepada Rakyat Malaysia’,” ujar Faiz.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, kompas politik Pas hari ini telah berubah, menjurus kepada pendekatan sempit berasaskan agama dan sentimen kaum.
Tegas Faiz, antara isu yang dibangkitkan ialah fitnah terhadap kaum Cina dan dakwaan fatwa politik dalam isu penangguhan haji semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning baru-baru ini.
Dalam masa sama, Faiz turut membandingkan pendekatan politik semasa Pas dan gabungan Perikatan Nasional (PN) dengan taktik lama UMNO semasa era Reformasi apabila hilang sokongan Melayu dalam PRU 1999.
“Kemenangan calon kerajaan Perpaduan di PRK Ayer Kuning jelas menunjukkan rakyat, termasuk pengundi Melayu, sudah menolak politik perkauman. Mereka kini menerima formula baharu politik gabungan PH-BN yang berteraskan Perpaduan Nasional,” katanya.
Tambah Faiz, kekuatan ekonomi adalah asas utama dalam mengangkat martabat Melayu, dan pemulihan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memberi keyakinan baharu kepada rakyat.
Justeru, tegas Faiz, agenda Perpaduan Nasional yang diperjuangkan Allahyarham Fadzil akan terus dipertahankan oleh Amanah menerusi pendekatan wasatiyyah dan prinsip ‘rahmat untuk semua.’
Topic Berkaitan
#PAS
#Amanah
#perpaduan nasional
#Legasi Fadzil Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan