awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM buat persiapan hadapi dua kohort, fokus pengisian guru dan fasiliti sekolah - Wong
Astro Shaw intai kerjasama dengan Sofyank, Nicholas Chin, Kudrat pembuka ASCU
Kenderaan tidak dibenarkan masuk, di parkir di kawasan Empangan Sultan Azlan Shah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persediaan PRU15 fokus utama Mesyuarat Agung MIC ke-76 Isnin ini

Bernama
Bernama
08/10/2022
08:40 MYT
Persediaan PRU15 fokus utama Mesyuarat Agung MIC ke-76 Isnin ini
Mesyuarat agung tahunan parti itu juga akan membincangkan pelbagai isu masyarakat India di negara ini, seiring dengan Pelan Tindakan Masyarakat India 2.0 yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan India.
KUALA LUMPUR: Persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjadi fokus utama dalam Mesyuarat Agung MIC ke-76, yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Isnin ini.
Setiausaha Agung MIC R.T Rajasekaran berkata mesyuarat agung tahunan parti itu juga, akan membincangkan pelbagai isu masyarakat India di negara ini, seiring dengan Pelan Tindakan Masyarakat India 2.0 yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan India, merangkumi aspek pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
Beliau berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran dan akan dirasmikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selain Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut dijangka hadir bagi memberi ucapan khas.
"Mesyuarat agung ini akan menjadi bersejarah, kerana ini merupakan satu mesyuarat yang kita adakan sebelum pilihan raya umum. Saya percaya, Vigneswaran bersama Ahmad Zahid akan menyentuh tentang persiapan jentera PRU15 bagi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rajasekaran berkata seramai 2,000 perwakilan dengan 1,200 pemerhati, terdiri dalam kalangan ketua cawangan dari seluruh negara dijangka hadir pada mesyuarat berkenaan.
"Saya harap kepada kesemua perwakilan yang hadir dapat mendengar amanat dan pedoman yang akan disampaikan oleh Presiden MIC," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#mesyuarat agung MIC
#Rajasekaran
#Vigneswaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan