awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertubuhan GHB dilaksana pada September

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
20/07/2015
06:53 MYT
Pertubuhan GHB dilaksana pada September
KHALID: Konvensyen pertama GHB bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September depan. - Gambar Fail
Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan menjadi sebuah parti politik dengan nama baru dan didaftarkan pada 14 September ini.
Menurut ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, konvensyen pertama GHB bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September depan.
Khalid berkata GHB adalah sebuah gerakan dan pendaftaran nama baru yang kini masih belum dimuktamadkan akan dibuat sebelum pelancaran parti itu September depan.
Penubuhannya bersesuaian dengan tempoh yang diberikan kepada kepimpinan PAS selepas muktamar iaitu 100 hari untuk memperbaiki kelemahan.
Sehingga kini, pemimpin PAS tidak melakukan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan mereka.
Pada majlis perjumpaan dan ceramah jelajah perdana GHB di Kota Bharu Ahad malam, beberapa wakil rakyat PAS dan pemimpin DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan hadir tidak kelihatan.
“Tu kena tanya diorang, tapi bagi saya di kelantan ianya satu suasana yang unik di mana polarisasi PAS dan UMNO sudah begitu tinggi dan apa apa usaha ke arah pembentukan parti baru ianya akan timbul masalah jadi apa yang dilakukan mereka dah nyatakan sokongan pun dah memadai … jelas sokongan itu seperti yang dinyatakan dan yang lain pada awal kata nak hadir dan atas nasihat dan teguran mereka tak hadir," katanya ketika ditemui di sini, pada Isnin.
Mengulas agenda penubuhannya dan wadah perjuangan parti baru itu, Khalid menambah agenda hudud tetap diperjuangkan namun keutamaannya adalah untuk memenangi pilihanraya umum dengan pakatan yang akan diwujudkan.
Topic Berkaitan
#Gerakan Parti Baharu
#Khalid Samad
#Parti Keadilan Rakyat
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan