KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada Ahli Parlimen yang memberikan manfaat dan faedah terus kepada rakyat, tidak sepatutnya diganggu atau dikurangkan.
Ketua Whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata gabungan itu juga menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peruntukan pembangunan tersebut akan diberikan kepada semua Ahli Parlimen, tanpa menggira parti seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.
"PN memandang berat kenyataan Perdana Menteri yang mengesahkan peruntukan pembangunan kepada Ahli-ahli Parlimen akan dikurangkan pada tahun ini sebanyak 65 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Meskipun Kerajaan Persekutuan dikatakan mengambil langkah mengawal kewangan selaras dengan kedudukan dan kekangan ekonomi negara, namun peruntukan pembangunan yang disalurkan melalui Ahli Parlimen yang memberikan manfaat dan faedah terus kepada rakyat tidak sepatutnya diganggu meskipun dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu menambah, PN berharap Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengutamakan kepentingan rakyat dan mengurangkan unsur-unsur seumpama deraan serta balas dendam kepada pihak pembangkang.
Ini kerana, Ahli Parlimen pembangkang juga menerima mandat yang sah daripada rakyat melalui saluran demokrasi pilihan raya dan memenuhi lunas-lunas undang-undang, ujarnya.
Selain itu, Takiyuddin berkata jaminan memberikan peruntukan yang sama rata kepada Ahli Parlimen adalah selaras dengan tawaran Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen akan dikurangkan sebanyak 65 peratus berbanding tahun sebelumnya sebagai langkah mengawal kewangan.
Astro Awani
Sat Feb 04 2023

Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PN juga menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan peruntukan pembangunan tersebut akan diberikan kepada semua Ahli Parlimen, tanpa menggira parti. - Gambar fail/BERNAMA
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Sambutan berlangsung selama tiga minggu bermula 28 Mei
Sambutan Hari Sarawak akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 28 Mei hingga 22 Julai.

Pusat setempat pelaburan, perniagaan dan pelancongan Sarawak
Sarawak tandatangan perjanjian sewaan pembukaan Perjabat Perdagangan & Pelancongan Sarawak (STATO) Brunei. Sekaligus menjadi 'one stop centre' untuk sebarang kerjasama.

Berbelanja di bazar Ramadan berpada-pada, elak pembaziran
Bazar Ramadan di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu meriah dengan pelbagai jualan. Pengunjung teruja dengan juadah ditawarkan, namun ambil langkah berjimat cermat dalam membeli.

'Makan ubat tahan sakit ... ' - Walaupun tidak sihat, Ustaz Kazim tetap berceramah
Ustaz Kazim berkata dana bagi pengurusan pusat pendidikan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada bayaran yang diterima pada setiap sesi ceramah di luar.

Wanita dikhuatiri lemas jatuh dari jambatan gantung
Seorang wanita berusia 23 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam Sungai Aur, Bukit Ibam, dekat sini, hari ini.

Armada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa kedua-dua ahli politik tersebut menyalah guna kuasa penjawat awam bagi menyembunyikan rancangan kesalahan di bawah Seksyen 119 dan 120 Kanun Keseksaan.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini
Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.

PM Anwar saksi pemeteraian MoU antara syarikat Malaysia-Arab Saudi
Anwar dan delegasinya turut mengadakan pertemuan dengan kira-kira 20 pemimpin syarikat Arab Saudi dalam mesyuarat meja bulat.

Anwar berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Jeddah
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi tiba di Konsulat Malaysia di sini kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Anwar pelawa komuniti perniagaan Arab Saudi melabur di Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.

'Singkirkan kanser ini' - Sultan Johor gesa Kerajaan Perpaduan tegas hapus rasuah
Menyifatkan ia sebagai "kanser", Sultan Ibrahim bertitah reputasi Malaysia telah terjejas akibat rasuah.

Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia itu telah disampaikan kepada OIC yang bersedia membantu dari segi perhubungan Malaysia dengan Kerajaan Afghanistan.

Nilai kesederhanaan, kemanusiaan dalam Ramadan perlu disebar luas
Mesej bulan Ramadan yang mengangkat nilai kesederhanaan dan kemanusiaan merentasi sempadan agama, kelompok dan golongan kurang berkemampuan perlu disebarkan secara meluas.

Muafakat Kerajaan Perpaduan wajar dicontohi negara - Senator
Konsep perpaduan dan muafakat politik yang dipamerkan kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dijadikan contoh dalam pentadbiran setiap kerajaan negeri.

Islamofobia: Harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia.