awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesan kat Husam, jangan lari kalau kami hantar surat saman - Mohd Amar

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
09/03/2018
02:17 MYT
Pesan kat Husam, jangan lari kalau kami hantar surat saman - Mohd Amar
MOHD AMAR: Ini saya nak maklum, kalau ada orang Amanah sini tolong maklumkan kepada encik Husam, kita ada lima saman menanti dia. - Gambar fail
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan terdapat lima saman yang akan dikemukakan oleh kerajaan negeri dan juga anak syarikatnya terhadap Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa dengan terbaru saman dari Air Kelantan Sendirian Berhad, AKSB.
Writ saman yang akan dikemukakan itu kerana tindakan Husam yang didakwa membuat fitnah dan kenyataan tidak tepat melibatkan beberapa isu termasuk isu air, isu penerokaan tanah dan sebagainya.
“Ini saya nak maklum, kalau ada orang Amanah sini tolong maklumkan kepada encik Husam, kita ada lima saman menanti dia, pesan kat dia jangan lari kalau kami hantar saman ke rumahnya” katanya ketika menyampaikan ceramah Bangkit Pertahan Kelantan di kampong Badang, di sini malam tadi.
Menurut Mohd Amar lagi, pihaknya sebelum ini sudah menghantar saman ke rumah Husam namun beliau enggan menerima sehingga notis penyampaian saman berkenaan terpaksa disampaikan melalui akhbar tempatan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata Husam mengeluarkan banyak kenyataan tidak tepat dan cuba memesongkan fakta sehingga menimbulkan kekeliruan dalam isu-isu yang dibangkitkannya.
Sebelum ini Husam mencabar kerajaan negeri Kelantan mengemukakan saman terhadapnya sekiranya dakwaan beliau berhubung kelulusan projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II bernilai RM27.1 juta tidak tepat atau berunsur fitnah.
Husam yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan turut mendedahkan mengenai rakaman audio yang dakwanya mengandungi suara Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Mohamed Abduh Nik Aziz yang dikatakan menerima sejumlah wang dari UMNO.
Susulan pendedahannya itu, beliau turut mencabar Pas mengemukakan saman terhadapmya sekiranya dakwaannya tidak betul atau berunsur fitnah.
Topic Berkaitan
#Air Kelantan Sendirian Berhad
#AKSB
#Husam Musa
#Kelantan
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Naib Presiden Pas
#Pakatan Harapan
#PAS
#saman
#UMNO
#writ saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan