awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peter Anthony umum parti baharu, mahu sertai GRS

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
21/02/2022
13:38 MYT
Peter Anthony umum parti baharu, mahu sertai GRS
Peter berkata mereka akan mengisi borang permohonan untuk menyertai gabungan itu pada Mac ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang baru ditubuhkan bercadang untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Presiden KDM, Datuk Peter Anthony, berkata mereka akan mengisi borang permohonan untuk menyertai gabungan itu pada Mac ini.
Katanya, ia bertujuan untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri membangunkan negeri Sabah.
"Selaku parti yang kerdil, kita akan ajukan permohonan untuk menyertai GRS.
"Seterusnya menjalin kerjasama bersama parti-parti dalam gabungan ini seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan semua komponen yang ada dalam GRS.
"Sekiranya parti-parti politik di Sabah ini bersatu dalam satu gabungan bersama-sama memajukan Sabah, saya rasa ini adalah satu jalan untuk kita menyelesaikan banyak isu pembangunan yang akan kita kecapi, daripada kita berbalah di peringkat parti ataupun berbalah di peringkat peribadi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di sini pada Isnin.
Tambahnya KDM akan membuka keahlian kepada rakyat Sabah dan memfokuskan kepada masalah yang dihadapi negeri itu untuk ditambah baik melalui kerjasama dalam GRS.
"Parti ini adalah parti berbilang kaum yang dianggotai oleh orang Sabah dan hanya boleh dianggotai oleh orang Sabah sahaja.
"Oleh kerana itu kita berpendapat adalah lebih baik kita memfokuskan kepada masalah-masalah di Sabah ini daripada kita memfokuskan kepada masalah di luar.
"Seperti di Sarawak mereka mempunyai gabungan parti yang kuat untuk mentadbir negeri mereka dan begitu juga di Pulau Pinang mereke mempunyai gabungan parti kerajaan dan boleh mentadbir lebih maju lagi.
"Jadi sebagai parti kerdil ini kita juga mahu menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah."katanya.
Jelasnya Parti KDM telah diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 18 Februari lepas dan dijadual mengadakan acara perasmian pada 13 Mac depan.
Berikut senarai jawatankuasa tertinggi KDM :
Presiden Datuk Peter Anthony
Timbalan Presiden Datuk Juil Nuatim
Naib Presiden 1. Datuk Ronnie Loh EE Eng 2. Datuk Hajah Johair Matlani 3. Datuk Laimon Laiki 4. Martin Tommy 5. Henry Saimpon
Setiausaha Agung Dr. Gaim @ James Lunkapis
Setiausaha Kerja Tuan Michael Angkui
Ketua Penerangan Dr. Aisat Ellik Igau @ Iggau
Bendahari David Lo Ho Ping
Ketua Wanita Anna Maria Bernadus
Ketua Pemuda Jumardie Lukman
Ketua Puteri Elvina Jane Justin
Topic Berkaitan
#Sabah
#GRS
#KDM
#Peter Anthony
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan