KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) bersetuju Parlimen tidak akan dibubar sebelum 31 Julai 2022 sebagai usaha mencapai kestabilan politik di negara ini bagi memerangi pandemik COVID-19.
Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH Anthony Loke Siew Fook berkata tidak wujud keperluan untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) secara mengejut, sebaliknya fokus sepenuhnya kini adalah kepada usaha memerangi COVID-19.
"Aspek penting dalam persefahaman ini adalah mengembalikan kestabilan politik. Satu elemen penting dalam persefahaman adalah dengan kerjasama ini maka kerajaan juga telah berikan janji bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai 2022.
"Jadi, fokus sepenuhnya untuk memerangi COVID-19," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan PH di Bangunan Parlimen, hari ini.
Selain itu, beliau berkata persetujuan bagi masa pembubaran Parlimen itu bertujuan membolehkan transformasi Parlimen dilaksanakan antaranya dengan mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen dan pembentangan Akta Anti Lompat Parti.
"Ini memberikan masa, garis masa kepada pelaksanaan perkara-perkara yang dipersetujui bersama bahawa setiap perkara yang dipersetujui itu ada tarikh akhirnya. Umpamanya Akta Anti Lompat Parti garis masanya ialah sesi pertama tahun depan manakala Akta Perkhidmatan Parlimen paling lewat mesti dibawa pada sesi kedua tahun depan," katanya.
Terdahulu, Kerajaan Persekutuan dan PH melakar sejarah negara apabila buat pertama kali menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.
BACA: Lakar sejarah, enam perkara dimeterai dalam MoU kerajaan dan pembangkang
MoU itu mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.
Loke berkata persefahaman itu merupakan dokumen penting yang menunjukkan komitmen kedua-dua pihak untuk melihat transformasi politik itu berlaku, sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat.
Sementara itu, Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata peranan PH sebagai pembangkang adalah kekal sekalipun MoU itu dimeterai.
Saifuddin Nasution, yang juga Setiausaha Agung PKR, berkata PH tidak akan terlibat dengan fungsi eksekutif sebaliknya akan terus bertanggungjawab berperanan sebagai pembangkang di bawah Parlimen iaitu bagi semak dan imbang, pengawasan serta menggubal undang-undang dan dasar.
"MoU ini bukan bermakna SD sokongan kepada kerajaan. Kita bertekad teruskan konsep dwipartisan dan kekal menjalankan fungsi sebagai pembangkang. Jika ada kelemahan dari segi tatakelola kerajaan, kita tetap akan bangun bersuara," katanya.
Saifuddin Nasution berkata semua perkara yang dipersetujui juga akan dipantau oleh jawatankuasa pemandu yang terdiri daripada lima individu daripada pembangkang dan kerajaan yang akan memastikan semua agenda terlaksana dalam masa yang ditetapkan.
Ditanya mengapa baru sekarang PH bersetuju memeterai MoU dengan kerajaan, beliau menjelaskan tawaran yang hampir sama sebelum ini pernah dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun ketika itu Muhyiddin telah hilang keabsahan sebagai perdana menteri.
"Yang lepas, ketika itu PM (Muhyiddin) sudah pun hilang 15 sokongan Ahli Parlimen, PM yang sudah hilang keabsahan tidak boleh membuat sebarang tawaran. Ia juga untuk mengekalkan hayat sebagai pemimpin.
"Pada ketika ini tawaran perundingan adalah mendokong hasrat membawa kestabilan dan kedua-dua belah akan memberi sumbangan yang efektif dan penuhi titah Yang di-Pertuan Agong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Pakatan Harapan (PH) bersetuju Parlimen tidak akan dibubar sebelum 31 Julai 2022 sebagai usaha mencapai kestabilan politik di negara ini bagi memerangi pandemik COVID-19. - Gambar fail
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan kerusi Kuala Kubu Baharu
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
PH belum bincang kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, keluarga mendiang Kee Hiong juga perlu diberikan ruang untuk berkabung selepas pemergiannya.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.